Antara salahfaham yang popular dalam kalangan orang awam mengenai bidang Psikologi:
- Pelajar Psikologi mampu baca fikiran orang lain.
- Belajar Psikologi, maksudnya pandai Psiko orang.
- Dalam jurusan Psikologi, tak ada lab atau eksperimen. Hanya buat survey.
- Selepas habis belajar Psikologi, mesti kerja jadi Kaunselor.
- Orang yang dalam bidang Psikologi, tak ada sakit minda, tak stabil emosi dan sebagainya.
Ada lagi yang lain?
Penjelasan:
1. Pelajar Psikologi mampu baca fikiran orang lain.
Tidak. Kami tak mampu baca fikiran orang lain, sebab kami bukan belajar telepati. Mempelajari Psikologi manusia ialah untuk memahami mengenai manusia, tetapi bukan bererti boleh baca fikiran orang lain.
Analogi nya, anda belajar buat cara sos tomato. Selepas dah pandai, bukan bererti setiap kali anda makan sos tomato di mana-mana kedai, terus dapat tahu, itu sos daripada kilang mana, bahan apa dipakai, mana beli bahan itu, siapa yang jaga kilang, apa material digunakan untuk packaging, dan lain-lain soalan berkenaan sos tersebut.
2. Belajar Psikologi, maksudnya pandai Psiko orang.
Apa maksud Psiko orang? Perkataan Psikologi, berasal daripada Psyche dan Logos, iaitu Psyche=Jiwa/Soul, dan Logos=Pembelajaran/Study. Psychology ialah, Study of Soul.
Perkataan ‘Psiko’ pula merujuk kepada kemampuan memanipulasi pemikiran manusia lain, yang berasal daripada Psychopath. Tetapi Psychopath lebih merujuk kepada seseorang yang mempunyai sakit mental yang kronik, dan agresif dalam tingkahlakunya. Pembunuh, perogol, dan lain-lain lagi jenayah yang agresif.
Istilah ‘Psiko’ lebih tepat apabila dikaitkan dengan terma asal Sociopath, iaitu berkait rapat dengan sakit mental ayng kronik berkait dengan hubungan interaksi sosial (manusia dan manusia). Pendek kata, pemanipulasi manusia juga termasuk dalam Sociopath.
Jadi, bagaimana pula pelajar Psikologi, pandai ‘psiko’ orang?
3. Dalam jurusan Psikologi, tak ada lab atau eksperimen. Hanya buat survey.
Psikologi juga seperti sains yang lain, iaitu setiap kajian memerlukan bukti empirikal, data-data yang boleh dikira/diukur (quantified), yang sudah pasti, datang daripada hipotesis, teori, graf data dan sebagainya.
Oleh itu, amat logik lah bidang Psikologi ini mempunyai eksperimen seperti sains yang lain seperti Kimia, Fizik dll.
Survey? Ada, kami ada ambil, tetapi itu bukan intipati utama dalam bidang ini. Ia hanya data tambahan sahaja, untuk pemahaman kepada demografik di sesuatu lokasi. Juga pandangan masyarakat terhadap sesuatu. Data tersebut bukan menjadi bukti kajian.
4. Selepas habis belajar Psikologi, mesti kerja jadi Kaunselor.
Tidak semestinya. Mereka yang bakal menjadi kaunselor ialah pelajar Psikologi Kaunseling, secara spesifik, kerana Kaunseling ialah cabang di bawah Psikologi.
Ada lagi cabang lain seperti Pendidikan Khas, Klinikal, Biologikal, Kognitif, Sosial dan banyak lagi! (Malangnya, bukan semua ini mempunyai peluang pekerjaan di Malaysia, tetapi tidak di negara-negara maju seperti Eropah, US dan Australia)
Begitu juga dengan Psikiatris. Pelajar Psikologi tidak boleh menjadi Psikiatris, kerana Psikiatris ialah pengamal perubatan (doktor), yang menyambung pengkhususan (specialist) dalam sub-bidang Psychiatry.
5. Orang yang dalam bidang Psikologi, tak ada sakit minda, tak stabil emosi dan sebagainya.
Menjadi seorang Engineer bukan bermakna kereta, mesin, handphone dan lain-lain, tidak akan rosak.
Menjadi seorang Doktor bukan bermakna beliau akan immune daripada penyakit seperti demam, selsema, kanser, tumor dan lain-lain.
Begitu juga menjadi seorang Psikologis, Kaunselor atau Psikiatris, bukan bermakna mereka ini tidak akan mempunyai masalah emosi dan penyakit minda seperti Depression, Bipolar dan lain-lain.
We are not God you know 🙂
Para pengamal Psikologi sekalian, ada lagi salah faham lain yang anda selalu terima? Kongsikan di ruangan komen.
Bagi orang awam yang membaca ini? Ada lagi salahfaham yang anda sangka pada kami, geng Psikologi ini? Jemput kongsikan juga di ruangan komen.
^_^
SHARE supaya orang lain dapat sama-sama fahami salahfaham ini.