Anda Lepasan Psikologi Yang Akan Ke Sesi Temuduga? Baca Post Ini!

Terpanggil untuk berkongsi, pesanan untuk para junior Psikologi yang dalam proses untuk bersedia memasuki ke alam kerjaya masing-masing (sama ada untuk intern atau dapat kerja). Memandangkan sekarang musim internship yang bakal bermula tak lama lagi (Jun-Ogos), semoga ini berguna untuk anda!
 
1. EMEL PERMOHONAN
 
Tulis tajuk emel dengan ringkas dan kemas. (contohnya: “Permohonan Untuk Latihan Industri”). Jangan biarkan kosong
 
Elakkan forward emel yang pernah dihantar kepada syarikat lain. Karang emel baru. Kalau apply banyak syarikat, hantar satu persatu secara berasingan.
 
Lampirkan resume anda dalam bentuk PDF (melainkan syarikat itu secara spesifik minta format lain), dan nama fail hanya ada nama kita. Contoh, “Resume Ain”. (Jangan pula “Resume Ain Paling Latest 2.5.18”)
 
Tulis semula isi cover letter anda di ruang kandungan emel. Karang semula, lengkap dengan nama syarikat (letak nama pegawai sekiranya tahu) dan tarikh. Seperti karang surat rasmi. Akhiri dengan signatur anda.
 
2. PENULISAN RESUME
 
Usah terlalu fokus untuk cari template resume yang grafik cantik, tetapi ambil mudah untuk konten sehingga isi jadi kurang kuat dan tak mampu untuk meyakinkan majikan untuk ambil anda. Majikan tak pandang sangat grafik, itu hanya persepsi pertama. Selebihnya, kami pandang isi.
 
Tekankan mengenai kekuatan anda dalam resume, terutama bahagian “Activities & Involvement”. Jangan sekadar senaraikan apa aktiviti anda terlibat, tetapi tulis, apa yang anda belajar daripada pengalaman itu.
 
Skala kemahiran anda pada sesuatu skill (e.g. SPSS, Excel dll), jangan sekadar guna skala bar atau 1/10 tu, sebab tiada bukti. Apa definisi kemahiran tahap 6/10? Contohnya, letakkan bukti anda pandai SPSS sebab final year project ada guna SPSS untuk analisis data. Atau anda fasih berbahasa Inggeris sebab anda MUET Band 5, contohnya.
 
3. PERSEDIAAN TEMUDUGA
 
Tahu terma yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon. Kalau nak masuk HR, tahu apa beza Industrial Relation, Talent Development, Recruiters dan sebagainya. Atau kalau nak masuk bidang Pendidikan Kanak-kanak Istimewa, tahu Autism, ADHD, jenis-jenis terapi yang ada dan sebagainya. Tahu juga dengan jelas beza Psikologis, Psikiatris dan Kaunselor.
 
Ambil tahu mengenai latar belakang syarikat yang anda pohon itu. Apa niche bisnes mereka, apa visi misi jangka panjang dll. Knowing is winning half the battle.
 
Datang dengan pakaian yang tidak terlalu banyak corak. Polos/Plain itu lebih baik, kerana menggambarkan profesionalisme, karisma dan autoriti. Berbunga-bunga tidak sesuai untuk suasana formal.

Ada banyak lagi saya boleh kongsikan.
 
Akan disentuh dengan lebih mendalam ketika Bengkel Penulisan Resume dan Persediaan Temuduga pada Ahad ini, 6 Mei 2018 di UPM Serdang. Daftar di sini.
 
Jom daftar! Tempat terhad 🙂
 
Kerjasama antara Bahagian Kaunseling UPM dan Intelek: Enriching Talents, sebuah NGO yang banyak bantu pembangunan motivasi dan kerjaya Gen Y di Malaysia.