Bagaimana Nak Tahu Mental Kita Masih Okay Atau Tak? #AskAimanPsikologi

Tak ada satu sifir mudah, sebab definisi ‘okay’ itu subjektif dan berbeza mengikut orang. Ada orang yang tertekan, tetapi kerja tetap jalan. Ada pula yang tak ada buat apa-apa kerja di rumah, tetapi mental rasa tak okay dan down je sepanjang masa.

Biasanya, ada tiga kriteria penting kita tengok, untuk ukur sama ada orang itu perlukan bantuan profesional atau tidak:

1. Fungsi hidup terganggu

Sama ada prestasi kerja menjunam, peranan sebagai pelajar terkesan, kehidupan sebagai ahli keluarga tak terjaga dan sebagainya. Contohnya, seorang ibu tak dapat nak berperanan seperti ibu, seorang pelajar yang akademiknya merosot kerana tertekan dll. Pendek kata, apa saja ‘fungsi’ seseorang itu dalam hidup, jadi tak menentu kerana masalah kesihatan mental kita itu.

2. Rutin harian terganggu

Ritual harian seperti makan, tidur, fokus buat tugasan, kemampuan untuk bersosial dan sebagainya, apabila ini terganggu, ialah petanda sama ada mental kita masih okay tak. Contohnya, selera makan berlebihan atau kurang daripada biasa, sehingga berat badan berubah. Atau tidur yang berlebihan (hypersomnia) atau kurang daripada biasa (insomnia) sehingga beri kesan badan lebih lesu daripada biasa, juga contoh lain.

3. Berterusan tanpa henti

Kedua-dua penjelasan di atas ini, berpanjangan dan bukan hanya sekali saja berlaku dalam satu masa. Tak dapat tidur? Sehingga berbulan-bulan begitu. Kehidupan sebagai pelajar merosot? Sehingga berminggu-minggu berlaku. Berapa tempoh lama yang dikatakan ‘lama’ itu? Bergantung kepada jenis masalah kesihatan mental. Untuk kemurungan, minimum 2 minggu, walhal untuk kegelisahan pula minimum 6 bulan. Berbeza-beza mengikut kategori masalah kesihatan mental.

Kesimpulan

Semua yang dinyatakan ini sebagai panduan asas sahaja, untuk orang awam kenalpasti sama ada mental mereka masih dalam keadaan okay atau tidak. Diagnosis tetap perlu dijalankan penilaian oleh pakar kesihatan mental seperti doktor psikiatri atau psikologis klinikal. Boleh baca perbezaan skop kerja psikiatris, psikologis klinikal dan kaunselor di sini. Yang penting, kalau anda penuhi ketiga-tiga kriteria ini, terus dapatkan penilaian untuk tentukan apakah diagnosis anda. Jika tiada diagnosis sekalipun, anda tetap berhak dapatkan bantuan sebelum simptom tersebut mula menjadi diagnosis pada masa akan datang, kalau dibiarkan tanpa rawatan.

#AskAimanPsikologi

Dapatkan eBuku “8 Teknik Self Care” di sini untuk belajar cara jaga kesejahteraan mental bagi mengelak kelesuan emosi dan fizikal. Penuh dengan infografik yang menerangkan maksudĀ Self-CareĀ dan kepentingannya kepada kesihatan mental seseorang, serta 8 teknik praktikal yang boleh dibuat setiap hari untuk uruskan simptom. (BONUS: Ada cabaran self-care 30 hari)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *