Hari yang sangat mengenyangkan minda!
Pada sebelah pagi, saya bersama-sama ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas untuk sesi berkaitan hala tuju pendidikan anak-anak istimewa.
Jujurnya, terlalu banyak saya belajar, daripada segi peluang yang ada untuk kanak-kanak istimewa ini mendapat hak pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain.
Kata Psikologis Farah Putrinegara tadi, informasi dan data hala tuju pendidikan tersebut, beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk dikumpulkan. Moga-moga, pahala mengalir sentiasa untuk beliau.
Beliau merupakan Certified Senior Clinical Psychologist yang pernah berkhidmat di HUKM. Menerima Degree dari universiti di Curtin, Australia, kemudian menyambung master dalam Psikologi Klinikal di UKM, Bangi.
Saya amat menikmati sesi tersebut, ditambah pula perkongsian-perkongsian bermakna oleh ibu bapa dan guru-guru ini, bercerita mengenai anak-anak dan murid-murid mereka.
Masing-masing bercerita pelbagai kisah, pahit manis, penat lelah dalam membesarkan kanak-kanak Autistik. Yang disimpulkan, yang paling mencabar sebenarnya ialah untuk menghadapi stigma masyarakat.
Saya boleh simpulkan, disebalik kanak-kanak Autistik ini, hero sebenar ialah ibu bapa dan guru-guru yang mendidik mereka ini. Kerana mampu kuat menangani ujian tersebut.
🙂
Pada sebelah petang pula, bersama-sama dengan Psikologis Shazeema Shah, untuk sesi “Self-Help For Depression”. Beliau mempunyai Master dalam Clinical Psychology daripada Kyushu University, Japan (seronok dengar kisah beliau mengenai perbezaan kesedaran Psikologi di sana berbanding di Malaysia)
Jujurnya, sesi ini aku hadiri kerana aku benar-benar mahu tambah ilmu berkenaan untuk berhadapan dengan penghidap Depression.
Soal apa itu Depression, jenis-jenis yang ada, semua itu saya sudah agak arif, sebab memang ada masuk dalam modul degree dahulu (bawah Forensic and Mental Health).
Tetapi sesi ini benar-benar memberi impak yang besar pada hati ialah apabila ramai peserta berkongsi kisah suka duka mereka dalam struggle, diberi diagnosis, diberi stigma masyarakat, sokongan sana sini dan lain-lain.
(Saya tak boleh ceritakan secara terperinci mengenai kisah ini, kerana kami semua bersetuju untuk confidentiality. What was talked during the session, stays in the session. Even I shared something that I’ve never told anyone before, not even my family)
Kami semua bersetuju dan bersepakat bahawa, dalam menghadapi ujian kecelaruan mental ini, sokongan dan kefahaman keluarga sebenarnya merupakan kunci yang amat penting.
Kerana jika keluarga sendiri (pihak yang paling rapat dengan kita) tak boleh berikan sokongan, malah dilabel dan diberi stigma pula, apatah lagi untuk menghadapi masyarakat di luar sana.
Maka hasilnya, jadilah kes kecelaruan mental ini semakin melarat dan membawa kepada perkara-perkara lain.
Insya Allah dalam perancangan untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak WeCare Allied Health Center untuk projek berkaitan Depression, Anxiety dan Stress. Nantikan ya, doakan jadi.
^_^
I am really glad that I got to know these two awesome people! There are not many Clinical Psychologist in Malaysia, you know, and they are two of the few.
Semoga saya berjaya menjadi seperti mereka suatu hari nanti insya Allah. Visi saya, dalam masa 5 tahun ini, mahu kejar kerjaya sebagai Clinical Psychologist (fokus kepada kanak-kanak). Amin!