Every Child Is Special

“Autism is different, not less.”

Saya suka terma yang diutarakan ini.

Seringkali Autism atau apa-apa disability ini dilihat sebagai ‘kecacatan’ atau ‘tak cukup sifat’.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, terma Orang Kurang Upaya (OKU) juga sudah mula ditukarkan secara meluas kepada Orang Kelainan Upaya sama ada di pengumuman LRT, MRT dan lain-lain.

(walaupun pada teknikalnya, di laman web JKM, OKU masih lagi sebagai Orang Kurang Upaya)

Ini semua terima kasih kepada Profesor Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, iaitu bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) yang mempopularkan terma tersebut pada 2012 dahulu.

Sumber Berita

Jika dilihat pada skala global pula, dengan kehadiran semakin ramai individu Autistik yang sudah dewasa seperti Professor Temple Grandin (seorang pemegang PhD dan merupakan ikon besar dalam dunia Autism) dan beberapa lagi ikon-ikon lain yang aktif berkongsi mengenai Autism di platform-platform besar seperti Ted, BBC dll.

Golongan ini memperkenalkan terma “Neurodiversity” yang merujuk kepada mana-mana individu Autistik ini, membawa maksud, “Kepelbagaian dalam jenis-jenis pemikiran” dan bukan sebuah kecacatan.

Hidup ini bukan sebuah perbandingan.

Bak kata Aamir Khan dalam filemnya Taare Zameen Parr (Bintang Kecil Di Bumi / Little Star On Earth), iaitu sebuah filem berkisarkan seorang kanak-kanak istimewa yang mempunyai Dyslexia, sebuah kondisi mental yang menjadikan penghidapnya tak dapat membaca dan memproses maklumat berbentuk perkataan.

Dalam filem tersebut, diutarakan konsep,

“Every child is special.”

Selagi mana kita tidak menganggap kanak-kanak ini istimewa pada tersendiri dan terus membandingkan mereka dengan adik beradik lain, dengan anak jiran sebelah, atau dengan sepupu belah mak nenek sana, selagi itu lah mereka akan membesar dalam mempercayai bahawa nilai/value mereka terletak kepada kesempurnaan kanak-kanak lain.

Kita sendiri tidak suka sekiranya anak-anak kita membandingkan kita dengan ibu bapa keluarga lain, kan?

🙂

Saya pencinta kanak-kanak, dan layanan saya terhadap setiap kanak-kanak, berbeza-beza mengikut tahap perkenalan, kemesraan dan personaliti mereka.