Mengapa Diagnosis Autism Semakin Meningkat Sejak 1990

Mengapa bilangan kanak-kanak yang diberi diagnosis Autism semakin meningkat secara mendadak sejak 1990?
(Penulisan ini bukan berdebat mengenai isu anti vaksin)
 
Untuk memahami mengapa bilangan meningkat ini, kita perlu melihat isu ini secara pandangan keseluruhan, dan bukan semata-mata “apa punca” yang akan keluar jawapan seperti makanan GMO, radiasi, vaksin dan sebagainya.
 
Kita perlu kembali semula kepada “kes pertama Autism”.
 
Leo Kanner, seorang Psikiatris Kanak-kanak merupakan orang terawal yang mendedahkan mengenai kondisi Autism pada 1943. Dalam kajiannya, beliau nyatakan mengenai pengalamannya bersama 11 “pesakit muda” yang:
– Hidup dalam dunia sendiri
– Banyak gerak-gerakkan tangan tanpa sebab
– Pantang orang alihkan mainan tanpa pengetahuan mereka
 
Kata Leo Kanner, Autism ini merupakan satu kondisi yang sangat ‘rare’. Dalam 10 tahun sejak kajian tersebut dikeluarkan, kata beliau, kurang 150 kes sahaja yang beliau jumpa berkaitan Autism.
 
Sikit, ya. Tetapi ini memang seperti disangkakan, kerana kriteria Leo Kanner, sangatlah terhad dan selektif.
 
Kata beliau lagi, Autism ini merupakan hasil daripada didikan ibubapa yang lesu dan dingin, tanpa keceriaan dalam keluarga.
 
Sehinggalah masuk tahun 1970, kajian oleh Leo Kanner ini mula diuji dan mula mendapat perhatian para pengkaji lain. Antara yang popular ialah Lorna Wing, seorang Psikologis Kognitif dari London yang menyangkal teori Leo Kanner.
 
Beliau sendiri mempunyai anak Autistik, dan beliau memahami betapa sukarnya untuk anak beliau mendapatkan pendidikan khas, intervensi dan diagnosis.
 
Lorna Wing dan rakannya, Judith Gould mula mengkaji isu ini lebih mendalam, dan mula memerhatikan bahawa terdapat ramai kanak-kanak Autistik yang berbeza daripada kriteria oleh Leo Kanner.
 
Mereka mendapati, kriteria yang ditetapkan oleh Leo Kanner terlalu kecil dan ‘jumud’, sedangkan realiti Autism sebenarnya lebih berwarna-warni, dan penuh dengan kesenian.
 
Ini mengingatkan Lorna Wing terhadap sebuah kajian yang dibuat di Jerman, setahun selepas kajian oleh Leo Kanner. Namun telah ditinggalkan, dilupakan dan tidak diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris.
 
Penulis kajian tersebut ialah Hans Asperger, yang menceritakan kondisi cabaran-cabaran pembelajaran (learning challenges) oleh beberapa kanak-kanak yang lebih luas, dan beliau tidak meletakkan Autism ini berpunca daripada didikan ibubapa.
 
Beliau tidak merawat kanak-kanak ini, kerana baginya, Autism ialah keadaan, bukan penyakit. Maka ‘rawatan’ yang dijalankan oleh beliau, customised dan fleksibel mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.
 
Daripada ini, Lorna Wing dan Judith Gould menyedari yang teori daripada Leo Kanner, perlu diubah suai. Dengan kerjasama American Psychiatric Association pada tahun 1990, mereka mula meluaskan lagi kriteria Autism ini, dan menggunakan nama “Autism Spectrum”, kerana kepelbagaian ciri-ciri mereka.
 
Daripada sinilah terhasilnya kriteria lama dan baru:
– Leo Kanner, digelar “Classic Autism” (tahap severe)
– Hans Asperger, digelar “Asperger’s Syndrome” (tahap high functioning)
 
di mana kedua-duanya berada dalam Autism Spectrum Disorder (ASD).
 

 
Pada masa yang sama juga, terdapat dua faktor lain yang berlaku pada lingkungan tahun tersebut, iaitu:
 
1. Filem “Rain Man” pada tahun 1988 memperkenalkan kepada dunia mengenai ciri-ciri seorang lelaki dewasa Autistik, yang pada tahun tersebut, satu kesedaran (awareness) yang kuat.
 
Kerana kondisi Autism dianggap terlalu unik, malah Psikologis dan Psikiatris sendiri pun amat jarang melihat kondisi tersebut. Maka pertama kali, pakar-pakar dan orang awam, menyaksikan sendiri bagaimana kondisi Autism ini, di layar perak.
 
(perkara sama sedang berlaku di Malaysia, dengan kewujudan filem Redha pada tahun 2016)
 
2. Munculnya ujian klinikal yang pertama (dan amat mudah digunakan oleh psikologis klinikal dan pskiatris lain) untuk diagnosis kondisi Autism, dan bukan lagi seperti dahulu, iaitu hanya segelintir sahaja yang bertauliah untuk lakukan diagnosis tersebut.
 

 
Dengan gabungan kriteri yang lebih luas oleh Lorna Wing dan Judith Gould, pembikinan filem “Rain Man” sebagai Autism Awareness, dan set ujian klinikal yang mudah dan praktikal, menyebabkan semakin ramai ibubapa yang mempunyai akses untuk diagnosis anak mereka.
 
Bermula 1990 dan ke atas, bilangan kanak-kanak yang mendapat diagnosis Autism, meningkat secara mendadak, bukan kerana bilangan Autism semakin meningkat, tetapi kerana ujian tersebut semakin ramai mampu mendapatkannya.
 
Kondisi ASD tidak lagi dianggap unik dan terhad, tetapi sebenarnya, bilangan mereka memang sudah sedia banyak, hanya tidak mendapat diagnosis sahaja.
 
Mungkin ada berkaitan daripada faktor sekeliling seperti pemakanan, radiasi, dan pelbagai teori yang lain, mungkin tidak. Faktor-faktor tersebut tidak dimasukkan dalam penulisan ini.
 
Wallahualam.
 
Penulisan ini merupakan naratif dan terjemahan daripada video ucapan oleh Steve Silberman, seorang penulis buku berkaitan Autism dan perkaitan dengan Genius. Video asal boleh ditonton di sini.

Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
Hubungi saya untuk temujanji (klik sini)
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my