Pengalaman Hidup Membentuk Pemikiran Kita

Sejak daripada lahir, seorang manusia itu mengalami pelbagai jenis pengalaman, yang sedikit sebanyak membentuk pemikiran manusia itu sendiri (selain daripada peribadi yang terbentuk sejak lahir, iaitu faktor genetik, baka dan lain-lain).
 
Setiap manusia di dunia ini mempunyai pengalaman tersendiri, hatta bagi yang kembar sekalipun, pengalaman hidup mereka tetap ada beza dan takkan sesekali sama sebiji seketul.
 
Semua orang pergi ke tadika lain-lain, rumah pengasuh lain-lain, tempat makan restoran lain-lain, sehinggalah ke zaman dewasa pun, rumah lain-lain, kereta lain-lain. Malah sekalipun jika satu pejabat, tetap meja yang berlainan, cara ke tempat kerja yang berlainan, dan infinity lah lain nya!
 
Dengan pengalaman yang masing-masing berbeza (walaupun sedikit), maka ini melahirkan jenis-jenis manusia yang corak pemikirannya berlainan.
 
Maka perlukah kita terkejut apabila kita berkomunikasi dengan seseorang, dan mendapati bahawa pendapatnya berbeza dengan kita? Lebih dahsyat lagi, perlukah kita “memaksa” orang untuk menerima pendapat kita, kerana kita rasa ianya betul bagi kita?
 
Di sini, konsep “betul” itu, terletak kepada siapa pengutara pendapat tersebut (bukan melibatkan “betul” dari segi undang-undang, fakta, statistik dll).
 
Setiap orang, pendapat yang dianuti nya itu “betul” bagi nya, kerana ia selari dengan corak pemikiran mereka. Jadi apa yang perlu kita buat apabila berjumpa dengan orang yang berbeza pendapat?
 
Kita hargai lah!
 
Kerana ianya peluang untuk kita mengenali “dunia” baru, dan corak pemikiran yang baru. Dalam erti kata lain, peluang untuk kita BELAJAR! ^_^
 
Like I always say,
 
“Human is interesting.”
 
🙂