Layanilah kanak-kanak kecil saat mereka mahu menunjuk-nunjuk sesuatu yang mereka buat (lukis, warna, tolong kemas dll).
Puji sehabis baik, dan senyum seikhlas hati.
“Cantiknya Danial lukis!”
“Wow pandainya Sarah warna.”
“Suap untuk abah? Terima kasih Amir!”
Ia menjadi faktor sangat penting untuk tingkatkan self-esteem mereka, yang akan menjadi berguna apabila sudah dewasa kelak.
Ramai suka dipuji kan?
Asalkan bukan memuja.
Tahu tak, sejak kerjaya saya sebagai Autism Therapist, selepas habis kerja memang amat penat dan biasanya saya tidur jam 8-9 malam, kerana terlalu mentally exhausted. Kadang-kadang lepas solat Asar dah terbaring atas sejadah.
Antara sebab terbesar ialah, apabila berhadapan dengan kanak-kanak Autism, semuanya perlu dilipatgandakan, termasuklah usaha memuji.
Mereka berjaya kata “Hi” pada orang lain? GOOD JOB!
Mampu lambai tangan apabila kata “Bye”? AWESOME!
Memandang mata ketika kita bercakap?” WELL DONE!
Pendek kata, sekecil-kecil usaha mereka, semuanya perlu dipuji melambung tinggi, kerana itu perkara yang besar dan susah untuk mereka buat. Mungkin bagi kita, benda itu ‘biasa’ saja.
Tetapi, ingat ya,
Salah satu “deficit” dalam Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah Interaksi Sosial, iaitu mereka biasa berada dalam “dunia sendiri” dan kurang berinteraksi dengan manusia sekeliling.
Dengan memuji usaha mereka membuat perubahan itu, sedikit sebanyak, kita menggalakkan (reinforce) mereka untuk terus lakukan usaha tersebut pada masa akan datang.
Malah, bukankah satu perasaan seronok apabila kerja kita dipuji orang? Kanak-kanak pun ada perasaan sama.
^_^