Beliau ialah Tunku Mona Riza, pengarah kepada filem Redha, sebuah filem berkisarkan perjuangan sebuah pasangan dalam membesarkan anak Autism.
Satu perkara yang amat mengkagumkan diri ini ialah, kisah beliau dalam mendidik masyarakat tentang Autism, dan usaha sepanjang pembikinan filem tersebut.
- Langkah pertama beliau ialah mendidik krew perfilemannya dahulu, apabila tak seorang pun mengetahui mengenai Autism.
- Kisah Redha itu diinspirasi oleh dua kanak-kanak Autism (gelagat sebenar Danial dalam filem itu). Maaf saya tak ingat nama kedua-dua kanak-kanak tersebut.
- Betapa bersungguhnya supaya pelakon Danial itu benar-benar menjiwai sifat kanak-kanak Autism, ialah beliau menyuruh pelakon 7 tahun ini mengikut 2 orang kanak-kanak Autism itu, dan meniru segala perbuatan, percakapan, bunyi dll. Andainya kanak-kanak itu tiba-tiba berguling di atas lantai, maka pelakon Danial perlu berguling juga di atas lantai. Dan mereka lakukan ini setiap hari.
- Maka tak terkejutlah mengapa pelakon Danial itu mendapat anugerah atas lakonannya oleh syarikat perfileman Russia. Baru umur 7 tahun beb. Saya sendiri sebagai Autism Therapist pun, hampir-hampir percaya yang pelakon Danial itu Autistik, kerana lakonannya sangat real!
- Perincian setiap butiran dalam filem tersebut, amat dipuji. Daripada sekecil-kecil stimming kanak-kanak tersebut (yang selari dengan “hukum Autism”) dan perkaitannya dengan minat Danial dalam berenang (Dolphin). Sehingga ke sebesar-besar perkara asas mengenai Autism iaitu simptom pada kanak-kanak, diagnosis oleh pakar dan seterusnya ke terapi sebagai intervensi.
Ini yang saya puji, dan kita namakan mengkaji sebelum membuat filem.
Tunku Mona akui yang beliau banyak rujuk pada pelbagai pakar dalam bab ini, malah beliau sendiri bergaul dengan kanak-kanak Autism ini lebih setahun, untuk dapatkan pendedahan tersebut.
Secara ringkas, saya amat menyokong kepada anda semua yang membaca post ini, untuk membeli DVD Redha apabila sudah terbit nanti. Elakkan menonton online, dan anggap ini sebagai usaha untuk membantu usaha segelintir manusia yang giat mendidik masyarakat tentang isu yang sensitif ini.
Tahukah anda, krew filem tersebut tidak mendapat apa-apa tajaan, kerana filem ini dikatakan tiada “commercial value.”
🙁
Terima kasih Tunku Mona atas filem yang amat menyentuh hati, dan amat-amat memberi pendidikan dan pendedahan mengenai apa itu Autism. Saya berbangga untuk terus mempromosikan filem ini kepada masyarakat kita.
“The first challenging thing about having a kid with Autism is dealing with them. Second is, to deal with the society’s stigma.”
Pesanan paling best Tunku Mona kepada saya,
“A career of dealing with special kids is a life changing career. It made you humble to others, because you don’t work for fame. You genuinely want to make a change to the kids’ world. For me, if I didn’t make that film, I don’t think I can be this humble with people.”
—-
NOTA:
Tahu tak? Ketika filem ini terbit 2016 dahulu, saya masih di UK maka sangat sedih sebab tak dapat ke pawagam untuk tonton dan beri sokongan. Tetapi Allah beri rezeki, tangguhkan dulu niat saya dan dapat sertai Film Screening semalam bersama dengan Pengarahnya terus. Fuh!