Saya rasa saya tak stress, tapi selalu sakit dada, terketar-ketar, dan beberapa lagi simptom. Do I need to reach for help? #AskAimanPsikologi

 
Penafian awal, sesi konsultasi hanya boleh dibuat melalui sesi depan-depan saja (atau atas talian), bukan melalui media sosial.
 
Sebab apa? Sebab apabila melibatkan diagnosis, penyebab dan rawatan, semua ini memerlukan penilaian penuh oleh pakar bertauliah sama ada psikologis klinikal atau doktor psikiatri.
 
Soalan yang ditanya itu, tak dinafikan ia melibatkan simptom berkaitan kegelisahan, seperti simptom fizikal/somatik seperti sakit dada, otot bahu rasa ‘ketat’, tangan rasa kejang dan sebagainya. Simptom pemikiran pula seperti overthinking, tak mampu tenang fikiran dan berkaitan emosi pula, rasa panik, takut, gelisah dan sentiasa rasa macam ada perkara bakal berlaku. Semua simptom ini, sekurang-kurangnya perlu dialami sehingga 6 bulan dan mengganggu fungsi hidup seseorang.
 
Saya pernah panjang lebar cerita mengenai konsep “fungsi hidup terganggu” dalam soalan sebelum ini, “Bagaimana Nak Tahu Mental Kita Masih Okay Atau Tidak?”
 Definisi ‘Anxiety’ mengikut American Psychological Association:

“An emotion characterized by feelings of tension, worried thoughts and physical changes like increased blood pressure.”

Senarai simptom yang dinyatakan di atas, lebih merujuk kepada Generalized Anxiety Disorder. Anxiety itu sendiri ada banyak jenis, seperti Social Anxiety, Fobia, PTSD, Panik dan banyak lagi.
 
Tetapi, andai kita ada semua ini, dikira ada Anxiety ke?
 
Ya, dan tak.
 
Semua yang dinyatakan ini, sebagai panduan simptom saja, dan andai ada, perlu berjumpa pakar untuk proses selanjutnya. Yang boleh beri diagnosis hanya mereka.
 
Sebab ada baaaanyak lagi penyakit lain yang boleh beri simptom yang sama. Seperti ditanya dalam soalan ini, sakit dada dan terketar-ketar.
 
Masalah fizikal seperti jantung, paru-paru, tiroid yang terlebih aktif dan banyak lagi yang lain, boleh beri kesan yang sama. Sebab itu penting untuk berjumpa pakar, kerana ada satu konsep dipanggil “Rule In” dan “Rule Out”, maksudnya perawat itu akan fokus untuk cuba kenalpasti diagnosis mana satu yang lebih menepati simptom dirasai seseorang itu.
 
Jadi, “Do I need to reach for help?”
 
Seperti dalam artikel sebelum ini, saya simpulkan, andai semua simptom yang anda rasai itu:
 
1. Berpanjangan/berterusan
2. Mengganggu fungsi hidup (peribadi, pelajar, pekerja dll)
 
Maka, dapatkan bantuan profesional untuk penilaian penuh. Usah takut untuk berjumpa pakar kerana ia untuk kebaikan kita juga. Nanti dalam artikel lain, kita cerita panjang lebar mengenai cara nak dapatkan bantuan. Boleh juga rujuk thread Twitter oleh Minda Kami di sini sebagai panduan.
 
Sementara menunggu tarikh temu janji pakar, boleh juga belajar beberapa teknik mengendali simptom (coping) yang efektif terbukti secara saintifik seperti Deep Breathing, Box/Square Breathing, Progressive Muscle Relaxation, Sensory Grounding, Mindfulness dan banyak lagi. Cari saja di YouTube 🙂
 
#AskAimanPsikologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *