ABC – Mari Mengenali Individu Autistik

Jom kita kenali beberapa ciri-ciri kanak-kanak Autistik ini!
 
Secara ringkasnya, saya bahagikan kepada 3 kriteria utama, yang saya namakan sebagai, ABC. Mudah ingat.
  1. Appearance
  2. Behaviour
  3. Communication

APPEARANCE

  • Tiada beza paras fizikal dengan individu lain, kerana Autism Spectrum Disorder ialah sejenis Neuro-Developmental Disorder.
  • Berbeza dengan individu Down Syndrome, Turner Syndrome dan sebagainya, individu Autistik kelihatan ‘normal’.

BEHAVIOUR

  • Mempunyai sebuah perlakuan berulang-ulang (repetitive behaviour) dan bertindak untuk ‘self-stimulate’ atau lebih dikenali sebagai ‘stimming’.
  • Mempunyai minat yang amat spesifik.
  • Cabaran pada skil motor, tahap perhatian yang kurang dan masalah sensitiviti deria.

COMMUNICATION

  • Berada dalam ‘dunia sendiri’ dan interaksi manusia bukan prioriti mereka
  • Kurang kemampuan untuk faham komunikasi bukan verbal seperti memandang mata, memahami ekspresi muka dll.
  • Tidak memahami perspektif orang lain (Sally-Anne Test)
 
 
Selamat membaca!
 
Jangan lupa SHARE kepada orang lain juga 🙂
 

 
PENAFIAN:
 
1. Informasi ini bukan diagnosis dan maklumat general sahaja. Malah, kondisi setiap individu Autistik itu banyak berbeza daripada yang lain kerana Autism ialah sebuah Spektrum.
 
2. Maklumat ini juga tidak sesekali boleh menjadi hujah untuk mengatakan seseorang kanak-kanak itu Autistik. Hanya pakar seperti Psikologis Klinikal atau Psikiatris Kanak-kanak sahaja yang mempunyai kuasa untuk beri diagnosis sebegitu.
 
3. Saya bukan pakar mengenai Autism. Tetapi saya suka berkongsi apa yang saya tahu dan faham.