Santai & Saintifik

Category: Kaji Filem Psikologi (page 1 of 2)

JOKER: Racun Yang Manis Dalam Kesedaran Kesihatan Mental

Mesti ramai dah tengok filem Joker, kan?

Ada yang bersetuju, ada yang bersimpati, ada yang mengkritik. Macam-macam reaksi masyarakat sedunia dalam kritikan sosial yang dibawa oleh filem lakonan Joaquin Phoenix ini. Filem yang membawa mesej yang sangat berat dan bukan semata-mata aksi atau CGI untuk ditonton seperti filem adiwira lain.

Senang cerita, filem ini sangat DEEP sehingga boleh nampak Adele tengah rolling di dalamnya.
(okay tak lawak)

Pandangan saya pula? Sejujurnya, saya melihat filem Joker ini sebagai sejenis racun yang manis dalam usaha kesedaran kesihatan mental. Ya, ia manis, sedap dibau, lazat ditelan dan seronok untuk diperhatikan, namun membawa kemusnahan yang agak besar kepada usaha-usaha pelbagai golongan dan organisasi di luar sana dalam memberi kesedaran kesihatan mental kepada masyarakat.

Tunggu dulu, jangan terus kecam. Ini pandangan peribadi saja dan baca penuh dahulu penulisan di bawah, ya?

SPOILER WARNING
(Berhenti membaca jika anda belum tonton dan tak mahu tahu jalan cerita filem ini)

* * * * * * * *

Filem ini mengisarkan perjalanan kelahiran kemunculan musuh utama dan terkenal kepada adiwira Batman, iaitu Joker. Watak yang digambarkan sebagai seseorang yang tiada peraturan, ‘gila’ dalam perlakuan dan penuh dengan muslihat dalam setiap kegiatan jenayahnya. Pendek kata, terbalik dengan Batman yang hidupnya penuh misi, integriti dan prinsip dipegang yang menjadikan beliau sebagai adiwira terhebat dalam  Justice League (mungkin ada yang tak bersetuju, tapi lantak lah haha).

Filem ini lebih bersifat ‘origin’ dan ‘stand alone’, tidak bersambung dengan mana-mana filem DC yang lain.

Kenapa saya katakan filem ini sebagai racun yang manis? Saya jelaskan melalui 3 hujah:

1. PENINGKATAN ISU MASALAH KESIHATAN MENTAL

Sejak tahun 1990 sehingga 2013, bilangan individu yang mengalami kemurungan atau/dan kegelisahan meningkat hampir 50%. Dianggarkan hampir 10% daripada populasi dunia terkesan oleh dua masalah kesihatan mental yang utama ini.

Mengikut kajian dalam National Health & Morbidity Survey pada tahun 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula, dianggarkan 29.2% rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental, peningkatan hampir 3 kali ganda berbanding tahun 1996, iaitu 10.7%.

Senang cerita, semakin ramai rakyat Malaysia yang ada masalah kesihatan mental. Kesedaran mengenai isu ini pula masih lagi jauh ketinggalan. Menyedihkan tau.

Stigma, salah faham, tuduhan dan label yang langsung tak membantu, seringkali membuatkan individu dengan isu ini hanya berjuang dalam senyap, sebab takutkan pandangan serong masyarakat.

Antara tuduhan dan label yang diberi:

  1. Tak pandai berfikiran positif
  2. Terlalu fikirkan masalah
  3. Tak bersyukur dengan nikmat kehidupan
  4. Lemah dalam mengendali tekanan
  5. Sakit mental = Gila
  6. Kurang iman/lemah elemen agama
  7. Ganas dan dikaitkan dengan elemen jenayah

Lalu apa yang terjadi, mereka yang sakit ini seringkali memakai topeng gembira yang palsu, untuk menutup kesedihan dan kesengsaraan dalaman mereka. Sama seperti yang digambarkan oleh Arthur.

“Just put on a happy face.” – Arthur Fleck

Kehadiran filem Joker ini, sedikit sebanyak membantu memberi persepsi tambahan, menggambarkan kesengsaraan yang dialami oleh pejuang isu kecelaruan mental ini. Sekian lama tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, terserlah jua sisi tersembunyi mereka yang sedang berjuang dalam perang dalaman ini.

Saya tak nafikan, saya puji usaha Joker, kerana sangat membantu para kami yang berusaha keras menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada masyarakat. Dengan peningkatan kes dari tahun ke tahun, kesedaran ini yang kita perlukan sebenarnya.

Kerana semakin luas kesedaran, akan membawa kepada penerimaan dan akhirnya kepada tindakan.

Awareness.
Acceptance.
Action.

Itu formulanya.

“The worst part of having a mental illness is people expect you to behave as if you don’t.”

2. KECELARUAN MENTAL JOKER – SATU MISTERI

Sepanjang filem ini berlangsung, langsung tidak dinyatakan apakah diagnosis yang dialami oleh Arthur Fleck. Hanya diilustrasikan melalui simptom-simptom tertentu saja, antaranya:

  1. Pemikiran negatif yang berpanjangan

    “You don’t listen, do you?”


    “All I can think of are negative thoughts,”
    kata Arthur kepada pekerja sosial yang menguruskan proses terapi kecelaruan mentalnya. Bukan mudah untuk hidup dalam keadaan penuh dengan pemikiran negatif. Antara contoh pemikiran negatif yang mengganggu minda:

  2. Delusi atau Halusinasi? (tak ditunjuk secara spesifik)
    Saat dia ingatkan perempuan jiran bloknya itu sebagai kekasih, pernah tengok wayang bersama, menemaninya di hospital ketika ibu terkena strok dan sebagainya, rupa-rupanya ia tidak benar pun. Rupa-rupanya, satu halusinasi, iaitu dia ‘nampak’ kewujudan perempuan itu bersamanya ketika keluar dating (hakikatnya keluar berseorangan) dan ini berbeza dengan delusi.
  3. Ketawa yang terhasil tanpa kawalan
    Disyaki mungkin Pseudobulbar Affect (PBA), sejenis kondisi medikal yang menyebabkan seseorang itu ketawa atau menangis tanpa sebab pada masa yang rawak. Tetapi, dalam filem ini, hanya disebut “a medical condition” dan Arthur membawa kad kecil untuk diberi penjelasan kepada orang sekeliling, sebagai persediaan jika berlaku episod ketawa ini dalam kalangan orang ramai dan masa yang tak sesuai. Atau boleh jadi juga sejenis tics yang berlaku kepada pesakit Sindrom Tourrette?

Kita takkan tahu kerana tak diberitahu dalam filem ini, dan bukan tempat kita untuk membuat diagnosis. Apa yang pasti, beliau mempunyai kecelaruan mental dan beliau sengsara dengannya. Itu point sebenar dalam filem ini.

Ada kelebihan juga sebenarnya pengarah filem ini tak meletakkan apa-apa diagnosis, kerana ia membuka pelbagai jenis intepretasi dan mereka tak perlu bertanggungjawab sekiranya gambaran penyakit itu SALAH dan bukan keadaan sebenar seperti yang tercatat dalam Diagnostics and Statistical Manual of Mental Disorder: 5th Edition (DSM-5), iaitu kitab yang mengumpulkan semua jenis kecelaruan mental di dunia ini.

Senang cerita, senang untuk mereka berlepas diri haha.

Antara faktor penyumbang kepada keadaan kecelaruan mental Arthur pula lebih kepada

  • Penderaan sejak kecil oleh ibunya yang mempunyai masalah kecelaruan mental
  • Trauma kecederaan kepala kerana deraan itu
  • Tekanan buli di tempat kerja
  • Kurang kasih sayang seorang ayah (ditunjukkan melalui angan-angannya untuk disayangi oleh Murray Franklin sebagai seorang anak lelaki)
  • dan pelbagai lagi, seperti yang disebut dalam filem tersebut.

Faktor luaran dan dalaman, kedua-dua memainkan peranan membawa kepada keadaan mentalnya sebegitu.

MURRAY FRANKLIN DALAM HIDUP KITA

Setiap daripada kita, pasti mencari sesuatu pengiktirafan (acknowledgement) dan pengesahan (validation). Kita mahu buktikan sesuatu kejayaan kita kepada seseorang yang kita pandang tinggi atau sayang.

Boleh jadi ibu, bapa, guru, mentor atau sesiapa saja.

Kita mengharapkan kata-kata seperti,

“Abah bangga dengan Along.”

:’)

Murray Franklin menjadi satu simbol kekosongan dalam hati seorang lelaki bernama Arthur yang membesar tanpa mengenal erti kasih sayang seorang ayah dan mengisi kekosongan itu melalui watak atau ikon seorang hero sejak kecil – Murray Franklin.

Setelah berkali-kali menonton rancangan itu dan apabila video stand up comedy Arthur ditayangkan ketika rancangan tersebut, Arthur nampak seronok dan bercahaya wajahnya.

Tetapi apabila Murray memberi komen “what a joke” dan “look at this joker” dan mengecil-kecil dirinya secara live di kaca televisyen, ia memberi satu dendam yang besar dalam hati Arthur.

Daripada watak yang menjadi pujaan hati, bertukar menjadi penamat riwayatnya, apabila dia memilih untuk menembak diri sendiri dalam rancangan itu.

(namun perancangan itu berubah apabila dia ternampak kata-katanya sendiri dalam buku nota)

“I wish my death can make more cents than my life.”

3. KEGANASAN DAN KECELARUAN MENTAL

Sekarang, ia menjadi rumit.

Filem ini mengisahkan hidup Arthur sebelum dia menjadi Joker. Dalam filem Batman sebelum ini, pelbagai jenis tanggapan dan impresi mengenai mental Joker yang tidak stabil dan menjadi elemen sampingan terhadap ‘kegilaan’ dalam kegiatan jenayahnya.

Namun, filem Joker lakonan Joaquin Phoenix ini menjadikan kecelaruan mentalnya sebagai faktor utama dan elemen terpenting sepanjang filem ini berlangsung. Bermula dengan perjumpaannya dengan pekerja sosial melalui sesi terapi, pengambilan 7 jenis ubatan sehinggalah kepada delusi/halusinasi yang melibatkan gadis di blok apartment nya.

Pada peringkat awal filem ini, lebih dipamerkan kondisi dan situasi yang menekan hidup Arthur sebagai individu yang tidak bersalah. Dibesarkan dalam penderaaan, dibuli di tempat kerja dan tidak dipedulikan oleh orang sekeliling langsung sepanjang hidupnya (termasuklah pekerja sosialnya sendiri, sehingga Arthur melepaskan geramnya, “You don’t listen, do you?”

Saya memuji Arthur pada peringkat awal kerana tidak lupa untuk ke sesi temu janji, tidak meninggalkan ubat-ubatan dan sentiasa mencari inspirasi atau idea untuk lawak komedinya. Ini usaha yang bagus.

Namun segalanya berubah apabila Arthur dihentikan daripada sesi terapi, tidak lagi diberikan ubat dan keadaan menjadi semakin parah apabila diserahkan pistol beserta peluru oleh kawan sekerjanya.

Walaupun pada awalnya dia takut dengan senjata itu (ketika tak sengaja tertembak dinding rumah), namun akhirnya ia menjadi sumber kekuatan untuk dia memperlihat ‘kejahatan’ nya.

LANGKAH PERTAMA KEJAHATAN

Masih ingat mangsa pembunuhan pertama Arthur? 3 orang pekerja Wayne Entreprise yang nak menganggu seorang perempuan asing tetapi akhirnya membelasah teruk Arthur di dalam gerabak kereta api.

Dengan niat mempertahankan diri, Arthur menembak kedua-dua lelaki itu dan mengejar lelaki ketiga untuk menghabiskan proses pembunuhannya. Pada awal ini, mungkin kita boleh kata ini sebagai langkah mempertahankan diri, setelah bertahun-tahun menyimpan dendam dan marahnya kepada masyarakat.

Bukan senang nak mengambil nyawa orang tahu?

Sedangkan kita nak tumbuk orang pun boleh rasa kasihan sebab terbayang bagaimana kalau muka sendiri kena tumbuk, dan kita terus tak jadi nak tumbuk orang itu. Ini namanya empati. Tetapi apatah lagi jika membunuh?

Rasa empati yang hilang dan hilang juga sifat kemanusiaan dalam diri.

“When you pull the trigger, you will kill two souls. The one you shot and the one inside you.”

Dalam ketakutan Arthur melarikan diri setelah episod berdarah itu dan menyorok dalam bilik air, akhirnya sesuatu berlaku dalam diri Arthur. Dia tidak lagi menafikan sifat dirinya yang sebenar dan mula mengambil kekuatan daripada adegan traumatik itu.

Tariannya ketika ini, saya melihat sebagai transformasi rasmi daripada seseorang individu biasa yang tak dikenali – Arthur, kepada permulaan kelahiran seseorang penjenayah lagenda yang bernama Joker.

“I thought it was going to bother me, but it really hasn’t.”

Sehinggalah ke saat paling genting, Arthur meluahkan kata-katanya:

“I used to think that my life is a tragedy, but now I know it’s a f**king comedy.”

Bagi pesakit kecelaruan mental, perang yang tanpa henti dalam kepala sangatlah memenatkan, malah lebih penat apabila berhadapan dengan masyarakat yang tak kenal erti simpati dan hanya tahu memberi label.

Namun setelah tiada ubat, tiada terapi dan tiada lagi bantuan diberikan, Arthur memilih untuk ’embrace his inner demon’, sebagai sumber kekuatan untuk dia bangkit kembali.

Tetapi sayang sekali, bangkitnya dia menjadi seseorang yang hilang sifat kemanusiaan, atas dirinya sendiri yang sudah hilang rasa empati dalam diri. Senang cerita, dia terima hakikat dirinya yang sebenar.

KRISIS KEWUJUDAN DIRI

Setelah bertahun-tahun hidupnya seperti melukut di tepi gantang dan tiada orang peduli akan kewujudannya (jika ada yang perasan pun, hanya untuk membuli dan mempermainkannya) – kecuali ibunya dan Gary, Arthur mula menerima keseronokan dan pengiktirafan yang tak pernah dia sedar bahawa dia mahukannya.

Selepas peristiwa pembunuhan 3 lelaki dalam kereta api, media memainkan peranan besar dalam memberi intepretasi salah mengenai kes itu. Daripada kisah pertahankan diri daripada 3 pembuli, rakyat di Gotham melihatnya sebagai gerakan dan revolusi antara golongan miskin terhadap golongan elit bandar.

Perlahan-lahan, Arthur menyukai yang kehadirannya mula disedari (walaupun bukan sebagai Arthur, tetapi disedari sebagai simbol)

Krisis kewujudan diri ini antara yang sering berlaku kepada seseorang, sama ada anak muda mahupun orang dewasa.

Bermula dengan kurangnya pengiktirafan oleh ibu bapa, sehingga merasakan tiada nilai yang unik terhadap diri dan akhirnya jatuhnya self-esteem sehingga merasakan diri tiada fungsi untuk masyarakat.

  • Jika aku berhenti belajar pun, tak membawa apa-apa kehilangan pun kepada universiti ini.
  • Jika aku berhenti kerja pun, akan ada sentiasa pengganti pekerja baru di syarikat ini.
  • Jika aku sudah tiada, akan ada yang menangisi aku atau tidak?

Persepsi ini boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengenal usia atau bangsa. Rasa tiada identiti dan rasa tiada nilai, membuatkan rasa sama saja jika ada di dunia ini atau tidak. Sehingga muncul rasa kosong dalam diri dan tiada arah tujuan, melainkan hidup seperti robot. Belajar, exam. Kerja, balik.

Dan proses ini berterusan setiap hari.

KEGANASAN DAN PENYAKIT MENTAL

Di sini yang saya maksudkan racun yang manis dalam usaha kesedaran kesihatan mental. Filem Joker ini memberi imej yang sangat cantik dan mendalam, menggambarkan kesengsaraan mereka yang berjuang dalam senyap.

Tetapi sayang sekali, ia hanya satu persepsi sahaja, untuk isu yang sangat berlapis lagi berperingkat ini.

Keganasan Joker yang membunuh 7 mangsa sepanjang filem ini, adalah hasil kepada kesengsaraan dalaman dan luaran yang dialaminya bertahun-tahun sebelum kelahiran Joker.

Filem ini berpotensi untuk membuatkan penonton mengaitkan bahawa mempunyai kecelaruan mental itu bererti seseorang itu berpotensi untuk melakukan keganasan (walaupun statistik banyak menunjukkan sebaliknya pesakit ini yang banyak menjadi mangsa keganasan).

Sebagai penonton, kita boleh kasihan terhadap kisah hidup Arthur.
Sebagai penonton, kita boleh muncul rasa memahami terhadap kesengsaraan Arthur.
Sebagai penonton, kita boleh timbul perasaan sedih dan empati dengan penyakitnya.

Namun jangan sesekali kita memilih untuk bersetuju dengan keganasan yang dibawa olehnya. Walau apa saja tujuan dan sebab, jenayah tetap jenayah dan Joker itu akhirnya, ialah tetap seorang pembunuh.

Kisah Arthur ini menimbulkan rasa yang manis, sedap dan bernas untuk dipertikaikan berkaitan isu kecelaruan mental, namun akhirnya semanis pun apabila ditelan, ia tetap racun yang mampu membunuh kita semua.

Racun yang mampu memberi idea kepada penonton bahawa keganasan dan kecelaruan mental itu berada dalam dunia yang sama dan akan sentiasa berinteraksi sesamanya.

Malah lebih teruk lagi, akan ada yang menggunakan kad “saya ada penyakit mental” apabila melakukan jenayah tertentu.

PERSEPSI TERHADAP KESIHATAN MENTAL

Kita tak tahu, siapa Arthur dalam kalangan kita yang berpotensi untuk menjadi Joker, hasil daripada tekanan dan layanan oleh masyarakat sekeliling. Pembulian di tempat kerja, kutukan di media sosial mahupun ketidakpedulian yang kita berikan kepada seseorang sehingga dia merasakan dirinya halimunan, boleh membawa kesan yang kita tak nampak.

Namun, simpati dan layanan kasih sayang dari hati mampu muncul seandainya kita mempunyai persepsi bahawa,

“Tak sempurna kesihatan seseorang tanpa kesihatan mentalnya.”

Seperti mana kita boleh memberi layanan kasih sayang, simpati dan sokongan kepada mereka yang berjuang dengan isu kesihatan fizikal seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan sebagainya, kenapa kita tak boleh beri layanan yang sama kepada mereka yang berjuang dengan isu kesihatan mental seperti kemurungan, kegelisahan, bipolar dan sebagainya.

PSIKOSIS – sebuah projek majalah televisyen RTM1 berkenaan isu kesihatan mental di Malaysia yang mempunyai 13 episod dan bakal ditayangkan pada tahun 2019 ini.

Biarpun kalau kita tak tahu bagaimana nak tolong atau tak tahu nak cakap apa, berdiam diri itu jauh lebih baik kerana kata-kata yang salah itu lebih menyakitkan berbanding sunyi sepi ketidakpedulian seseorang tanpa respons terhadap isu ini.

Kita tak tahu siapa Arthur dalam kalangan kita. Dan jujur saya cakap, kita takkan sesekali akan tahu.

Filem Joker ini memberi suntikan yang tajam serta kritikan yang keras terhadap kita semua dalam isu kesihatan mental, terutama dilancarkan pada bulan kesedaran kesihatan mental pada tahun 2019 ini.

Boleh jadi kita bersetuju, boleh jadi tidak.

Tetapi akhirnya, kita perlu sedar yang Joker itu hanya sekadar watak imaginasi dan filem Joker ini hanya sekadar filem dan tidak sesekali akan menjadi sebuah dokumentari.

Dapatkan buku How Are You?
Berkisarkan perjuangan depression, anxiety dan stress.
Terbitan Iman Publication.
Penulisan oleh Aiman Amri dan Aiman Azlan.
Beli di sini.

Kenapa Dr Strange Tunjuk Jari Ini Kepada Tony Stark? – 7 Elemen Menarik (Tetapi Tersembunyi) Dalam Avengers: Endgame

Keluarnya filem Avengers: Endgame, merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak tahun 2018 lepas. Berapa ramai dalam kalangan kita yang ternanti-nanti? Sehingga membawa kepada kegelisahan melampau pun ada, apabila saat tayangan semakin menghampiri.

Berdebar-debar apabila hari tayang semakin dekat,
Rasa resah dan gelisah dalam panggung wayang,
Tangan berpeluh atau sakit tak berhenti.

Haha.

Penulisan kali ini, mahu fokus kepada elemen menarik dalam filem ini yang mungkin ramai terlepas pandang. Sangat berseni, tersembunyi dan penuh maksud tersirat, sekiranya anda peka.

AMARAN:
ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER UNTUK AVENGERS: ENDGAME (AE)

Adrift in space with no food or water, Tony Stark sends a message to Pepper Potts as his oxygen supply starts to dwindle. Meanwhile, the remaining Avengers — Thor, Black Widow, Captain America and Bruce Banner — must figure out a way to bring back their vanquished allies for an epic showdown with Thanos — the evil demigod who decimated the planet and the universe.

7 elemen menarik tetapi tersembunyi dalam Avengers: Endgame ini ialah:

  1. Hukum Time Travel yang banyak dilanggar sepanjang filem ini
  2. Pembawa gauntlet ketika perang terakhir ialah penyambung legasi Avengers
  3. Pemergian The Big Six yang tenang dan memuaskan
  4. Dr Strange memang tahu ini satu-satunya jalan untuk kalahkan Thanos
  5. Koleksi watak yang terkesan oleh Tony Stark
  6. Nilai kita bukan ditentukan oleh alat atau senjata, tetapi dalaman kita
  7. Tiada post-credit scene – Endgame sebagai pelengkap kepada fasa 3

Kalau anda datang ke sini untuk baca mengenai kenapa Dr Strange tunjuk jari begitu kepada Tony Stark, boleh terus skip ke no 4.


1. Hukum Time Travel Yang Banyak “Dilanggar” Sepanjang Filem Ini – Pertembungan Fizikal vs Pertembungan Informasi

Bagi peminat filem time travel seperti Back To The Future, Project Manhattan, 12 Monkeys dan sebagainya (terutama peminat setia siri The Flash yang amat banyak elemen merentas masa), mesti agak kecewa dengan AE.

Saya pun kecewa tau!

Sebab apa? Sebab terlalu banyak hukum time travel yang dilanggar sehingga ambil masa untuk faham. Rasa pelik pun ada. Tak logik itu sudah pasti, sebab fiksyen. Tetapi sekurang-kurangnya, mesti ada hukum yang perlu dijaga, terutama konsep Butterfly Effect, Time Paradox dan sebagainya.

Antara contoh hukum dilanggar:

  • Tak boleh ubah apa-apa di masa lampau sebab nanti akan ubah segalanya di masa sekarang dan depan. Contohnya, babak di Battle of New York, ketika pasukan itu nak curi Tesseract selepas Loki ditangkap. Sebab campur tangan Avengers, menyebabkan Loki terlepas dan lari. Tetapi, kalau Loki lari, tak ke akan beri kesan kepada Thor 2? Sebab Loki sepatutnya ditangkap dan dipenjarakan di bawah tanah istana Asgard?
  • Bahaya kalau terserempak dan ada sentuhan fizikal dengan diri sendiri, sebab boleh menyebabkan time paradox. Ini masih boleh didebatkan, sebab bukan semua filem amalkan konsep ini. Captain America pula, bukan setakat ada sentuhan fizikal, malah siap berlawan lagi dengan diri sendiri! Tak ke ini akan mengubah masa depan?

Tetapi sebenarnya, mereka ada terangkan siap-siap, waktu Bruce Banner berbual dengan Ant-Man, yang semua konsep dalam filem time travel itu hanya tipu saja. Bukan sains sebenar! Dalam AE itulah sains sebenar berkaitan Quantum Physics. Sehingga Ant-Man rasa kecewa gila haha.

Part ini penting, sebab ia menentukan hukum time travel mengikut mazhab Avengers: Endgame. Senang cerita, susah kita nak debat semula, sebab itu filem dia, jadi suka hati dia nak buat macam mana.

Malah sebenarnya, ada dua saja plot hole mengenai konsep time travel dalam Avengers: Endgame kali ini, iaitu 1) Thanos daripada masa lampau mati menjadi debu, jadi bagaimana Thanos itu akan petik jari di masa depan nanti? 2) Loki yang melarikan diri menggunakan Tesseract selepas ditangkap dalam Battle of New York (jadi bagaimana perjalanan timeline untuk Thor 2: The Dark World nanti? Anda boleh baca penerangan penuh oleh Screen Rant di sini.

Apa yang tersembunyi di sini?

Perasan tak, walaupun ada banyak pertembungan antara Avengers sekarang dan Avengers masa lampau, semuanya bersifat pertembungan fizikal dan bukan pertembungan ilmu. Pendek kata, sesama mereka, tak ada yang bocorkan rahsia mengenai masa depan.

Tetapi konsep ini berlainan dengan Nebula dan Thanos.

Kerana ada pertembungan informasi antara Nebula sekarang dan Nebula lama, mengubah keseluruhan perjalanan dan perancangan mereka. Apabila Thanos dapat tahu, Nebula masa depan datang ke masa lampau, sekaligus mengubah memori Nebula lama sehingga ada bertindih memori. Melalui ini, Thanos mula merancang untuk melawan Avengers.

Menarik betul, apabila pertembungan fizikal itu tidak memberi apa-apa kesan kepada timeline, sebaliknya pertembungan knowledge yang mengubah segalanya.

Cuma di sini, masih lagi tak logik timeline yang berubah – Kalau Thanos masa lampau datang ke masa depan dan akhirnya dia dibunuh (jadi debu), bagaimana Thanos ini akan hidup dan menjadi Thanos di masa depan, yang akan berjaya bunuh 50% populasi dunia (yang dalam Avengers Infinity War)? Tak dapat nak brain, kan?


2. Pembawa Gauntlet Ketika Perang Terakhir = Penyambung Legasi Avengers

Babak terakhir waktu pasukan Thanos melawan pasukan Avengers, ada satu babak di mana beberapa superhero ini berlari membawa gauntlet yang lengkap dengan Infinity Stones ke arah Quantum Machine dalam van Ant-Man.

Bermula dengan Hawkeye yang mula terjumpa gauntlet itu di bawah runtuhan bangunan selepas pangkalan Avengers kena bom, kemudian disambung oleh Black Panther yang mengambil gauntlet itu dan terus berlari ke arah van.

Lalu disambung pula oleh Spider-Man yang menyambut dan berhayun-hayun untuk ke van Scott (sambil dibantu oleh Pepper Potts/Rescue) dan akhirnya kepada Captain Marvel sebagai orang terakhir tolong bawa.

Babak seperti passing baton dalam lumba lari ini sangat menarik sebab ia ibarat satu falsafah atau metafora kepada kesinambungan legasi Avengers Initiative, yang bakal diteruskan selepas persaraan The Big Six (team Avengers yang asal – Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Black Widow dan Hawkeye). Ibaratnya, Hawkeye sebagai wakil kepada The Big Six untuk serahkan legasi kepada super-hero seterusnya, selepas Avengers: Endgame ini.

Maka saya tak terkejut andai penyambung legasi Avengers selepas ini (MCU Fasa 4) ialah mereka yang membawa gauntlet/baton ini ke arah ‘kejayaan.’

Saya sangat suka babak ini, sebab sangat berseni dan tersembunyi 🙂

Tambahan, ada babak istimewa yang terselindung.

Ingat tak ketika The Big War, saat Thanos dah pakai gauntlet untuk petik jari lagi sekali (sebelum Iron-Man rampas semua Infinity Stones). Ada satu saat, di mana Captain Marvel pegang tapak tangan Thanos untuk elakkan dia dapat petik jari lagi sekali. Thanos cuba untuk tumbuk Captain Marvel tetapi tak ada kesan. Dengan senyuman sinis, Captain Marvel cuba untuk rampas gauntlet sebelum Thanos ambil Power Stones (ungu) dan tumbuk perempuan itu sehingga terpelanting.

Perasan tak? Babak Captain Marvel pegang gauntlet Thanos itu sambil berlutut, mempunyai banyak persamaan dengan babak Captain America buat perkara yang sama, dalam Avengers: Infinity War.

Seolah-olah ini sebagai simbolik yang legasi kepimpinan pasukan Avengers akan disambung oleh Captain Marvel, selepas Captain America bersara. Malah, nama pun dua-dua mereka ini, “Captain”, kan? Tak boleh nak obvious lagi ke? 😛


3. Pemergian The Big Six – Secara Baik, Tenang dan Memuaskan Mereka

Selepas tamatnya Avengers: Endgame, ketika pertengahan credits (sebelum rolling credits), setiap pelakon The Big Six menurunkan tandatangan mereka, sebagai tanda selamat tinggal dan memberi simbolik kepada pemergian mereka (kerana habis kontrak). Jadi kalau anda tonton di pawagam nanti, jangan lupa untuk tunggu sehingga habis ‘credit’, supaya dapat saksikan momen bersejarah dan meremangkan bulu roma ini.

Malah, sebelum bermulanya filem Avengers: Endgame ini, ketika tulisan Marvel diperkenalkan pun sudah mempamerkan koleksi-koleksi babak yang mempunyai The Big Six. Seolah-olah, ketika slot awal pun sudah diberi petunjuk yang filem ini sebagai “farewell” kepada The Big Six.

Setelah 11 tahun kita bersama dengan setiap pelakon The Big Six ini (sebanyak 22 filem Marvel, termasuk Endgame), pemergian mereka pasti memberi impak yang mendalam. The Big Six ialah 6 watak utama dalam MCU yang menjadi pasukan pertama dalam Avengers sebelum mula disertai super-hero lain. Yang menarik di sini ialah bagaimana Avengers: Endgame menggambarkan pemergian mereka dalam MCU.

Hawkeye akhirnya bahagia dengan keluarganya, setelah berjaya menewaskan Thanos dan 50% populasi dunia dikembalikan. Tambah pula sisi watak Hawkeye sebagai suami/ayah mula diperkenalkan melalui Avengers: Age of Ultron. Jadi, sangat logik kenapa Hawkeye kelihatan amat terseksa dengan kehilangan SEMUA ahli keluarganya dan selama 5 tahun dia mengambil identiti sebagai Ronin.

Di pengakhir Avengers: Endgame, penyatuan dia bersama anak-anak dan isteri, merupakan satu pengakhiran yang amat baik dan menenangkan. 

Black Widow korbankan diri demi ‘keluarga’ nya. Walaupun agak menyedihkan kerana Natasha mati di planet Vormir, mengorbankan diri demi memberi Soul Stone kepada Hawkeye, tetapi pemergiannya baik dan menenangkan. Perasan tak, selepas The Red Skull menyambut ketibaan Barton dan Natasha di planet Vormir, Natasha kelihatan sangat terkesan apabila dapat tahu nama ayahnya sendiri (Natasha, daughter of Ivan)

Setelah sejak kecil di-brainwash dan dilatih sebagai Super-Spy, istilah hubungan, keluarga dan kawan itu menjadi asing untuknya. Namun sejak penyertaannya bersama pasukan Avengers, Natasha mula merasa nikmat menjadi sebahagian daripada keluarga (walaupun bukan pertalian darah). Ayat yang digunakannya pada awal filem (selepas 5 tahun berlalu sejak Thanos)

I used to have nothing. Then I have this. Part of this team, this family (ketika Steve melawat dia sedang makan peanut butter sandwich)

This is what I have been waiting for. For 5 years. (sebelum dia terjun daripada gaung Vormir untuk beri Soul Stone kepada Hawkeye)

Bertahun-tahun dia mencari tempatnya dalam masyarakat (sebab selalu rasa diri terasing) dan cuba untuk menebus dosa lamanya (red on my ledger), akhirnya dia memilih untuk jadikan dirinya ‘berguna’ dengan mengorbankan diri untuk kepentingan pasukan Avengers.

Dan dia ialah calon yang paling sesuai untuk dikorbankan, memandangkan dia hidup berseorangan dan tiada ahli keluarga yang akan merinduinya. Tipulah tak rasa sedih ketika semua pasukan Avengers dah kembali ke masa sekarang (selepas dapatkan semua Infinity Stones) dan dapat tahu Natasha sudah tiada, apabila ditanya “Do we have if she has any family?”, Captain America membalas “Yes. Us.”

Maka, pemergian Black Widow, menyedihkan namun penting untuk kesejahteraan manusia sejagat. Bye bye Natasha! Jumpa di Black Widow filem prequel nanti 🙂

Bruce Banner akhirnya menerima Hulk sebagai dirinya sendiri. Setelah sekian lama cuba untuk menghilangkan Hulk dan mengasingkan diri menjadi dua persona, akhirnya Bruce terima yang dia dan Hulk, ialah manusia yang sama dan bukan lagi identiti berbeza yang bertukar-tukar giliran siapa nak muncul. Maka, gabungan antara kepintaran Bruce dan kekuatan Hulk, menjadi kata kunci kepada pengakhiran Avengers: Endgame.

Bruce kini bukan lagi manusia ganas yang ditakuti oleh orang sekeliling kerana kelihatan seperti raksasa (seperti krisis dalaman oleh The Thing dalam Fantastic Four), tetapi sebagai hero yang cool dan disukai kanak-kanak untuk selfie bersama (asalkan tiada Ant-Man masuk dalam gambar haha).

Maka, pengakhiran Bruce dalam Avengers: Endgame, sangat baik dan menenangkan. 

Thor akhirnya memilih jalan hidup sendiri dan bukan kerana apa yang orang lain mahukan. Hidupnya selama beribu-ribu tahun yang dijangka akan menjadi raja, kemudian menjadi pahlawan Asgard, kemudian menjadi raja semula selepas Asgard meletup, akhirnya kini berada di atas landasan pilihan hidupnya sendiri. Bukan lagi atas takdir yang ditentukan olehnya, bukan lagi atas jangkaan orang terhadapnya, tetapi atas apa yang hatinya mahukan – belum tahu lagi apa. Seperti dipesan oleh ibunya setelah 5 tahun dia kemurungan, “Go be the person who you want to be.”

Penyertaan Thor bersama pasukan Asgardian Of The Galaxy, masih lagi dalam kelam kelabu dan belum tahu bagaimana masa depannya – bertepatan dengan jawapannya apabila ditanya oleh Valkyrie “What do you want to do after this?” dan dibalasnya, “I don’t know yet, but that’s okay.” Maka, keluarnya Thor daripada pasukan Avengers original (sudah tak bersama), dengan cara yang baik dan menenangkan. 

Iron Man akhirnya dapat berehat dan pergi dengan baik. Ya, memang dia mati di penghujung Avengers: Endgame ini, tetapi ini sangat baik dan menenangkan bagi saya, sebab dia pergi secara baik. Kenapa? Sejak Iron Man 3 lagi, Tony Stark sudah digambarkan sebagai penat dan serabut dengan tanggungjawabnya sebagai Iron Man, terutama semenjak Avengers 1, ketika dia membawa bom nuklear ke dalam wormhole untuk tewaskan askar Chitauri. Bermula dari situ, Pepper Potts sendiri pun terbeban dengan Tony yang serabut dan bercelaru, sehingga beberapa kali bergaduh dan Pepper mengambil keputusan untuk ‘berehat’ sebentar daripada hubungan mereka.

Permulaan filem ini, ketika Tony merakam wasiatnya (sebelum diselamatkan oleh Captain Marvel) dia menyebut istilah “One last one” yang merujuk kepada misi terakhir sebelum dia berehat. Ayat yang sama juga disebut kepada Pepper dalam Avengers: Infinity War, saat dia berbual mengenai mimpinya untuk dapat anak bersama Pepper (yang menariknya, nama anaknya Morgan sudah diperkenalkan dalam babak ini) sebelum Dr Strange dan Bruce Banner datang tegur.

Sepanjang 5 tahun selepas Thanos hapuskan 50% populasi dunia, Tony kelihatan amat bahagia dan sudah mampu move on, terutama dengan kehadiran cahaya mata barunya, Morgan Stark. Watak Tony mula dilihat sebagai seorang ayah dan betapa bahagianya dia apabila disayangi 3000 kali.

Perginya Tony Stark selepas menggunakan gauntlet untuk kalahkan Thanos dan askarnya, walaupun menyedihkan, tetapi sangat baik dan menenangkan. Kerana akhirnya, dapat juga dia berehat dan pergi secara damai, kerana dapat mencapai kebahagiaan kekeluargaan selepas bertahun-tahun menjadi superhero. “One last one, before I can finally take a good sleep.”

Kata-kata terakhirnya “I am Iron Man” menjadi penutup yang baik, kerana ayat yang sama diluahkan ketika press conference dalam Iron Man (2008) dahulu, sebagai permulaan kepada wujudnya pasukan Avengers dalam Marvel Cinematic Universe.

Captain America akhirnya dapat menari bersama kekasih hatinya, Peggy. Bahagia bersama Agent Carter sejak dijanjikan untuk menari bersama sebelum Steve tidur selama 70 tahun, merupakan satu pilihan hidupnya yang paling tepat oleh hatinya. Sejak awal lagi Steve kelihatan belum dapat move on dengan takdirnya yang melepas untuk hidup bersama Peggy. Ada banyak babak yang memberi mesej tersembunyi sepanjang Avengers: Endgame, apabila Steve memandang kompas bersama gambar wanita itu.

Saat sebelum turun ke planet asing untuk bunuh Thanos yang dah bersara (ketika Captain Marvel turun dulu ke planet untuk jalankan pantauan)

Ketika bertarung dengan Captain America di masa lampau (sehingga Steve masa lampau bertanya pada Steve masa sekarang, “Where did you get that?”

Malah ketika kembali ke masa lampau (babak Tony bawa ke kem SHIELD yang lama untuk dapatkan Tesseract dan terserempak dengan ayahnya Howard), wajah Steve yang ternampak Peggy dalam pejabat memberi mesej segalanya. Terpancar kembali sinar cinta dan harapan, apabila wajah Peggy di sebalik cermin dan Steve kelihatan sangat berharap untuk bersama kembali, tetapi dipisahkan oleh lapisan gelas kaca dan takdir yang membezakan perjalanan hidup mereka.

Namun, setelah kembalikan semua Infinity Stones yang ‘dicuri’ melalui projek Time Heist mereka, Steve memilih untuk melawan takdir yang memisahkan mereka berdua, dan tetap bersatu dengan pilihan hatinya. Setelah bertahun-tahun menjadi superhero dan berjuang untuk orang lain, kali ini dia memilih untuk berjuang demi dirinya sendiri, seperti dinasihatkan oleh Tony.

Berpuluh-puluh tahun bahagia bersama Peggy (sejak kembali ke masa lampau), Steve akhirnya meninggalkan dunia Avengers secara baik dan menenangkan.


4. Dr Strange Memang Tahu Ini Satu-satunya Jalan Untuk Kalahkan Thanos

Apabila Hulk habis saja petik jari ketika pakai gauntlet (untuk kembalikan semula 50% populasi), mereka yang 5 tahun dulu hilang menjadi debu kini kembali hidup, seolah-olah hanya pengsan sekejap dan terus terjaga, seperti yang diceritakan oleh Peter Parker.

Malah dia menambah lagi, Dr Strange terus beritahu semua yang ada di Titan (waktu mereka jadi debu dulu) untuk cepat balik ke Bumi sebab Tony Stark perlukan kita.

Walaupun orang lain kelihatan bingung dan pelik, tak tahu apa yang terjadi sepanjang 5 tahun ini (malah tak sedar pun 5 tahun berlalu), Dr Strange terus tahu apa patut dibuat.

Dr Strange sah memang tahu ini lah jalan untuk berjaya kalahkan Thanos dan perjalanan situasi mereka ketika itu memang seperti jangkaan dia dalam 14,000,605 kemungkinan yang ada. Dia dah tahu yang Tony Stark dan Avengers lain sedang berlawan dengan Thanos di bumi (pangkalan baru Avengers, downtown).

Hint Dr Strange Kepada Iron-Man

Ketika ditanya oleh Tony, daripada 14,000,605 kemungkinan yang dilihat Dr Strange melalui Time Stone, adakah perjalanan mereka sekarang merupakan 1 yang menang itu? Dr Strange hanya menjawab,

“If I told you what’s gonna happen, it won’t happen.”

Sangat jelas yang dia sedang usaha sehabis boleh untuk pastikan timeline yang mereka sedang lalui sekarang, tak tersasar keluar ke arah timeline yang gagal. Pendek kata, mereka sedang berada dalam timeline yang betul (menang), tetapi andai ada yang tersilap sedikit, akan menyebabkan mereka terkeluar daripada landasan yang menang (Butterfly Effect).

Tetapi, ketika babak Thanos berjaya merampas gauntlet yang lengkap dengan 6 Infinity Stones (selepas Captain Marvel telah ditumbuk melayang jauh), perang itu kelihatan seperti Thanos sudah hampir berjaya dan tak ada harapan untuk Avengers menang dah.

Saat ini, Tony pandang ke arah Dr Strange (yang tengah uruskan air laut daripada melimpah ke medan perang). Dr Strange yang melihat situasi Thanos sudah hampir berjaya, ketika itu, beri satu hint penting kepada Tony, iaitu, mengangkat jari telunjuk simbol 1/menunjuk jari telunjuk kat atas.

Kenapa jari begitu? Apa maksudnya?

Saya ada dua teori, apa yang dimaksudkan oleh Dr Strange dengan jari begitu,

  1. Dr Strange sedang beri hint yang timeline mereka sedang lalui sekarang ialah timeline 1 yang Avengers menang, daripada 14,000,604 yang kalah (menjawab soalan Tony pada sebelumnya tadi)
  2. Dr Strange sedang merujuk kepada ayat Tony yang selalu sebut “One last one”, merujuk kepada ini misinya yang terakhir sebelum akhirnya dapat berehat selepas ini (yang asyik disebut-sebut oleh Tony sejak Avengers: Infinity War dahulu)

(Atau mungkin juga Dr Strange sedang beritahu Tony untuk ingat Tuhan yang satu, mengucap dua kalimah syahadah sebelum korbankan diri dengan gunakan Infinity Stones tu hahahah. Okay gurau)

Tony yang ketika itu memahami, terus merampas semua Infinity Stones daripada gauntlet Thanos dan gunakannya untuk kalahkan Thanos dan askarnya.

Bila kita lihat yang Tony menjadi kunci penting untuk kalahkan Thanos, maka tak peliklah kenapa Dr Strange dulu serahkan Time Stone secara sukarela di Titan, demi selamatkan Tony daripada dibunuh Thanos. Padahal sebelum itu, Dr Strange dah sebut yang andai kata terpaksa pilih sama ada Time Stone atau nyawa Tony dan Peter, dia tak teragak-agak akan pilih Time Stone.

Sebab Tony ialah elemen paling penting dalam perang ini, daripada individu yang bertanggungjawab untuk cipta mesin yang boleh kawal Time Vortex dalam Quantum Realm, kepada seseorang yang akan cipta gauntlet yang boleh kendalikan Infinity Stones sehinggalah kepada insan yang akan memakai gauntlet dan kalahkan Thanos.


5. Koleksi Watak Yang Terkesan Oleh Tony Stark

Ketika majlis berkabung Tony di penghujung filem, ada satu babak kamera ‘panning’ tunjuk kepada beberapa kelompok, bermula daripada Pepper sehingga ke Nick Fury. Koleksi karakter yang dipamerkan ini semuanya watak yang hidup mereka ada pernah berjumpa dan terkesan dengan Tony Stark, walaupun secara tak langsung.

Kalau mengikut susunannya, 

  1. Pepper Potts, Happy, Rhodes, Steve
  2. Peter Parker, Aunt May
  3. Thor, Bruce, Strange, Wong
  4. Scott, Hope, Hank, Janet
  5. Nebula, Quill, Drax, Groot, Rocket, Mantis
  6. T’Challa, Okoye, Shuri
  7. Barton dan keluarga
  8. Wanda, Bucky dan Sam
  9. Agent Maria Hill dan Thunderbolt Ross
  10. Captain Marvel dan Nick Fury

Eh sekejap. Ada watak yang tak dikenali, sebelum tunjuk ke arah Agent Hill dan Ross. Siapa remaja lelaki ini?

Awal mungkin tak perasan, tetapi sebenarnya ini ialah Harley Keener, iaitu budak kecil yang banyak bantu Tony dalam  Iron Man 3. Yang menariknya, Harley kecil dan Harley remaja, kedua-duanya dimainkan oleh pelakon yang sama, iaitu Ty Simpkins. Dia memang sudah membesar jadi remaja sejak lakonan dalam Iron Man 3 (umur 13, kini sudah 17 tahun)

Ini mesti bukan kebetulan, dan ada desus-desas mengatakan yang Harley akan menyambung legasi Iron Man, terutama apabila Tony pernah beri inspirasi kepadanya dan hadiahkan pelbagai jenis peralatan di bangsarnya, untuk teruskan mencipta sesuatu. Tetapi jangan lupa, kalau ikut komik Marvel, Iron Heart yang akan sambung legasi tetapi bukan Harley.

Tak mengapa, kita lihat nanti bagaimana.


6. Nilai Kita Bukan Ditentukan oleh Alat Atau Senjata, Tetapi Dalaman Kita

Babak Captain America berjaya mengangkat Mjolnir dan menggunakan seperti Thor, merupakan babak yang paling menggembirakan bagi penonton di pawagam. Steve berjaya membuktikan yang dia ‘worthy’ untuk menggunakan Mjolnir dan ini sebenarnya pernah diberi hint halus dalam Avengers: Age of Ultron.

Steve hampir menggerakkan sedikit Mjolnir sehingga Thor pun agak terkejut. Tetapi, hanya bergerak halus saja. Tetapi dalam babak melawan Thanos kali ini Steve bukan setakat mampu mengangkat, tetapi mampu gunakannya seperti Thor, dan mempunyai kuasa petir seperti Thor juga!

Ini bertepatan dengan ‘sumpahan’ yang dibuat oleh Odin kepada Mjolnir, iaitu:

“Whosoever holds this hammer, if he be worthy, shall possess the power of Thor.”

Apa definisi ‘worthy’?

Thor yang dahulunya pernah kehilangan kekuatan untuk gunakan Mjolnir kerana mengutamakan kepentingan diri berbanding orang lain, akhirnya berjaya gunakan semula apabila dia korbankan diri agar kawan-kawannya selamat (Jane Foster, Darcy, Erik, Lady Sif dan pasukan Warriors Three).

Worthy dalam MCU, apabila seseorang itu “sacrificing self for the greater good.”

Captain America yang sejak awal lagi memang sudah mempunyai pendirian ini, apabila sanggup bawa jet ke dalam ais untuk elakkan rakyat New York diletupkan oleh Red Skull, sehinggalah ke saat dia tetap melawan Thanos, walaupun dia hanya manusia.

Nilai seseorang itu bukanlah daripada jenis alat yang digunakan, perkakasan yang membantu atau apa objek luarannya, kerana itu boleh dicari dan diganti. Tetapi nilai sebenar kita terletak pada sifat dalaman kita, sama ada mempunyai hati yang baik dan bersih.

Steve Rogers yang kekal pada pendiriannya, walaupun Shieldnya sudah pecah dua dan badannya teruk dibelasah, malah tak ada harapan nak menang dengan ribuan askar Thanos sedangkan dia seorang saja, Steve tetap kembali bangkit untuk bertarung. Itulah nilai yang amat besar dalam dirinya.

Seperti dipetik kata-kata Dr. Abraham Erskine pada malam sebelum Steve jalani ujian untuk jadikan dia sebagai eksperimen pertama Super-Soldier Program,

“Not a perfect soldier, but a good man.”


7. Tiada Post-Credit Scene – Endgame Sebagai Pelengkap kepada filem MCU fasa 3

Jika Avengers: Infinity war ialah filem untuk peminat MCU yang perlu tengok dan paling mendebarkan, Avengers: Endgame ialah pengakhiran yang terbaik sebagai menjawab segala persoalan yang pernah dikemukakan sepanjang filem Marvel pertama (Iron Man, 2008) sehingga ke terakhir (Ant-Man and The Wasp, 2018) sebelum Avengers: Endgame (2019).

Tak pelik apabila tiada babak tersembunyi selepas kredit (seperti filem Marvel sebelum ini), kerana ini bertindak sebagai pelengkap kepada siri penuh Infinity Saga. Maka, fasa 4 nanti akan bermula secara fresh tanpa ada apa-apa pertalian atau penyambungan daripada fasa sebelum ini. Pendek kata, tiada (atau minimum) kesinambungan maklumat yang akan berlaku untuk ke fasa 4, tetapi lebih kepada kesinambungan semangat dan prinsip.

Awalnya ya, kecewa sebab tiada babak tersembunyi selepas kredit.

Tetapi apabila memahami prinsip dan falsafah yang cuba disampaikan oleh Marvel ini, terus rasa tenang dan puas, kerana tak perlu ada ‘lingering thoughts” yang selalu terjadi setiap kali tengok filem Marvel sebelum-sebelum ini. Contohnya,

  1. Siapa yang pakai baju hitam tu? (Iron Man 2008)
  2. Batu oren ada kat mana (Soul Stone, sebelum Avengers: Infinity War 2018)
  3. Akhirnya! Datang juga dia (Captain Marvel 2019)

Persoalan-persoalan sebegini menyebabkan peminat akan terus mengkaji, membaca, menulis blog dan sebagainya, menberi teori dan pandangan mereka untuk filem seterusnya. Tetapi apabila TIADA babak selepas kredit, ini memberi satu mesej yang jelas untuk filem Marvel akan datang, iaitu NAFAS BARU.

Maka, kita tak perlu pening-pening nak buat teori itu ini, baca itu ini, sebagai persediaan kepada filem baru. Pandai betul Marvel!


Kesimpulan,

Setelah 11 tahun kita bersama, mengikuti filem Marvel yang ada sehingga 2019, pelbagai memori yang dicipta. Avengers: Endgame merupakan pengakhiran yang amat baik dan saya tak terkejut andai filem ini berjaya memotong Avatar, iaitu filem yang mempunyai rekod kutipan tertinggi.

Marvel bukan saja berjaya mencipta peminat yang ramai dan setia, tetapi juga berjaya mencipta nama sebagai industri filem yang mampu menyambung pelbagai watak dalam satu universe yang sama. Pendek kata, filem/novel yang berjaya, kebanyakannya apabila mereka mampu mencipta dunia sendiri yang mempunyai peraturan mereka sendiri, sehingga kita yang di dunia ini, tertarik untuk masuk ke dunia sana.

Jack Of The Red Hearts – Kasih Sayang Antara Terapis Dan Remaja Autisme

#KajiFilemPsikologi kita untuk kali ini,
 
“Jack of The Red Hearts.”
 
Sebuah filem yang amat beremosi dan membawa mesej yang amat besar;
 
Realiti sebenar kehidupan seseorang Autism.
Jack, iaitu pelakon utama dalam filem ini menjadi seorang remaja yang bermasalah jenayah, yang banyak melakukan kesilapan dalam hidupnya.
 
Namun di sebalik jenayah dan kes yang dilakukannya, terdapat satu sifat mulia nya yang sentiasa menjadi ‘drive’ kepada beliau untuk terus hidup, iaitu adik perempuannya.
 
Bermula dengan penipuan untuk mendapatkan gaji dengan mendapatkan pekerjaan secara curi, yang akhirnya membawa perubahan terbesar dalam hidupnya.
 
Saya tak nak cerita lebih-lebih, sebab nanti akan spoil, tetapi saya sangat suka babak ini (gambar), iaitu saat Jack mengajar Glory untuk makan menggunakan sudu.
 
(Walaupun agak tidak realistik apabila beliau berjaya mengajar dalam masa separuh hari, kerana realiti sebenarnya, kanak-kanak Autism mengambil masa untuk belajar satu skill baru, walaupun sekadar ringkas makan guna sudu. Tetapi, bergantung kepada jenis Autism juga)
 
Babak ini antara yang paling terasa kerana,
 
Sebagai seorang Therapist untuk kanak-kanak Autism, kebahagiaan terbesar ialah apabila kanak-kanak yang dijaga itu, berjaya membuat sesuatu yang baru, atas usaha didikan dan latihan yang kita lakukan terhadapnya.
 
Bayangkan.
 
Contohnya seseorang kanak-kanak Autism tak mampu berkata-kata (non-verbal) dan hanya mampu mengekspresikan dirinya melalui cakaran, jeritan, tangisan, tarik tangan, bahasa badan dan lain-lain, namun setelah berbulan-bulan menjalani Terapi bersama Therapist nya,
 
Satu hari, kanak-kanak tersebut bersuara untuk meminta sesuatu. Walaupun dengan sebutan yang tidak jelas, tetapi saat keluarnya suara beliau untuk meminta sesuatu,
 
tipulah kalau Therapist itu tidak mengalirkan air mata.
 
Berbulan-bulan bersusah payah, melakukan terapi itu ini, ‘push’ kanak-kanak tersebut sehabis yang boleh, yang akhirnya, mula memahami untuk mengeluarkan suara sepatah-sepatah untuk meminta sesuatu.
 
T_T
 
Begitu juga dengan situasi dalam babak ini.
 
Memang lumrah, dalam susah payah mengajar seseorang kanak-kanak untuk melakukan sesuatu yang asas, saat mereka berjaya menguasai skill tersebut, mampu memberi impak yang amat besar kepada Therapist tersebut.
 
Kadang-kadang orang bertanya,
 
“Kenapa nak bekerja dengan kanak-kanak istimewa ini?”
 
“Tak serik ke kena cakar, gigit, tumbuk, picit?”
 
“Berbaloi ke gaji yang dibayar, dengan cabaran emosi dan mental sepanjang di situ?”
 
Sebagai seorang pendidik, sama ada pendidikan khas atau tidak, kebahagiaan sebenar yang benar-benar menusuk di hati bukanlah apabila menerima gaji, atau mendapat kenaikan pangkat atau sebagainya.
 
Tetapi saat kita melihat sendiri berjaya nya anak didikan kita itu, walaupun seringkas-ringkas pandai makan guna sudu (yang dulunya makan guna tangan), itu lah keseronokan dan kepuasan sebenar.
 
Kadang-kadang, kita merasakan kita membuat perubahan yang besar kepada kanak-kanak istimewa ini, apabila kita menjadi Therapist mereka, namun sedar atau tidak, kita lah yang sebenarnya menerima impak dalam hidup.
 
Sama seperti Jack membawa perubahan kepada hidup Glory dengan membantu untuk memasuki institusi pendidikan khas yang hebat, seperti itu juga hubungannya dengan Glory akhirnya membuatkan beliau memilih untuk kembali ke pangkal jalan dan usaha yang terbaik untuk memperbaik kesilapan hidupnya yang terdahulu
 
Kerana perubahan itu berlaku dua hala.
 
🙂
 
Filem yang wajib tonton, untuk memahami serba ringkas mengenai perhubungan yang akrab antara therapist dan kanak-kanak autism.

Rain Man – Senjata Ampuh Untuk Kempen Kesedaran Autisme Sedunia

Penulisan #KajiFilemPsikologi kali ini, Rain Man (1988).
 
Sebuah filem yang menjadi penyumbang terbesar mengenai Autism Awareness ke seluruh dunia pada tahun 90-an.
 
Berkisarkan mengenai Charlie Babbit (Tom Cruise) yang baru kehilangan ayah, mengetahui bahawa beliau mempunyai seorang abang yang dirahsiakan daripada pengetahuannya sejak kecil.
 
Abangnya, Raymond (Dustin Hoffman) merupakan seseorang yang didiagnosis mempunyai Autism Spectrum Disorder (ASD), dan mempunyai beberapa kelebihan minda yang orang biasa tak ada.
 
Saya suka filem ini.
 
Sebelum kewujudan filem ini, kondisi Autism hanya diketahui oleh golongan profesional yang tertentu dan terhad sahaja. Malah, rata-rata Psikiatris dan Psikologis sendiri pun akui mereka amat jarang jumpa kondisi ini, sehingga muncul pepatah,
 
“I would work as a medical practitioner until the end of my life, without having the chance to meet people with Autistic condition.”
 
Namun dengan tayangan Rain Man di layar perak, Psikologis, Psikiatris, Ibu Bapa, Guru-guru, Orang Awam – Seluruh dunia menyaksikan kondisi tersebut, simptom-simptom yang ada dalam individu Autistik (seperti dalam filem ini), dan ini sebenarnya amat mengejutkan dunia.
 
Malah, lebih menarik lagi, filem ini pertama kali menayangkan individu Autistik yang SUDAH DEWASA (kerana ASD sering dikaitkan dengan kanak-kanak, sehingga kita lupa, mereka juga bakal meningkat dewasa satu hari nanti).
 
Boleh kata, filem lakonan Tom Cruise ini menjadi senjata paling ampuh, dalam menyebarkan kesedaran mengenai Autism Spectrum Disorder.
 
Malah, dengan filem ini jugalah menjadi penyumbang utama bagaimana kriteria asal Autism ini mula diluaskan dan dibesarkan lagi, bukan semata-mata simptom Classic Autism yang diperkenalkan oleh Leo Kanner.
 
Filem ini amat disyorkan untuk ditonton, walaupun dibikin pada 1988, kerana pengetahuan yang dibawanya.
 

 
Namun, perlu diingatkan bahawa:
 
1. Kondisi yang dipamerkan oleh Raymond itu bukan semestinya semua individu Autistik sebegitu. Beliau itu hanya mewakili sebahagian sahaja. Tetapi, konsepnya hampir sama, iaitu “kecelaruan” dalam:
– Hubungan interaksi sosial
– Perkembangan bahasa
– Pengulangan tingkahlaku (repetitive behaviour)
 
Namun, tahapnya berbeza-beza mengikut individu, kerana itu, dinamakan Autism Spectrum Disorder. Ya, spektrum.
 
2. Kepandaian/Kegeniusan yang ditonjolkan oleh beliau dalam filem itu, tidak semestinya semua kelebihan pada individu Autistik (seperti super memori, mampu mengira matematik dengan pantas dll). Dikatakan, kurang daripada 10% daripada keseluruhan individu Autistik di seluruh dunia yang mempunyai kelebihan sebegitu.
 
3. Autism dahulunya dilihat sebagai ketidakupayaan mental (mental disability), tetapi sejak kebelakangan ini, kondisi ini mula dianggap sebagai neurodiversity, iaitu kepelbagaian jenis kondisi minda. Malah, golongan Autism Spectrum Disorder ini sudah mula mendapat tempat sebagai golongan minoriti terbesar di dunia.
 
Saya amat-amat syorkan untuk filem ini ditonton oleh anda semua. Semoga dengan usaha itu, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran ringkas mengenai kondisi individu Autistik.
 
Filem ini juga mengingatkan saya kepada sebuah filem Malaysia – Redha, iaitu kisah perjuangan seorang bapa dalam membesarkan anak Autistiknya, Danial.
 
(Redha juga menjadi penyumbang kuat dalam gerakan menyebarkan kesedaran mengenai Autism dalam kalangan rakyat Malaysia)
 
^_^

Please Stand By – Wendy Si Penulis Autistik Yang Berjiwa Kental

Dah lama tak menulis untuk episod #KajiFilemPsikologi. Kali ini, sempat menonton filem “Please Stand By” yang berkait rapat dengan Autism Spectrum Disorder (ASD). Keluar tahun 2017.
 
Filem ini berkisar mengenai seorang remaja perempuan Autistik, Wendy yang sangat berbakat menulis skrip. Filem yang mengisahkan perjalanannya melarikan diri daripada pusat jagaan dan mengembara seorang diri untuk menghantar manuskrip Star Trek di Hollywood.
 
Menarik, sebab sepanjang babak tak pernah disebutkan walau sekali pun yang Wendy mempunyai Autism. Kita tahu pun daripada sinopsis filem dan daripada beberapa simptom yang boleh dilihat sepanjang cerita seperti flat face emotion, savant syndrome (writing), lack of communication skills (and understanding) dll.
 
Kalau lihat secara kasar, Wendy mempunyai Autism kategori High Functioning Asperger yang sudah mampu berdikari hasil intervensi sejak kecil.
 
Wendy sangat meminati Star Trek, terutama karakter Captain Spock yang memang dikenali sebagai bangsa Vulcan yang tidak mempunyai emosi, 100% logik dan kurangnya kemahiran sosial. Spock merupakan kacukan antara manusia dan Vulcan, menyebabkan beliau turut mempunyai emosi manusia dan beliau masih mempelajari makna emosi berbanding rasional dan logik.
 
Wendy merasakan watak itu sangat dekat dengan dirinya, yang tidak mempunyai kemahiran mengetahui emosi, interaksi sosial, berjenaka, sentuhan personal seperti individu-individu normal lain. Dalam erti kata lain, dia merasakan dirinya seperti “Alien” berbanding manusia lain.
 
Tajuk “Please Stand By” ini mendapat nama daripada kata-kata pujukan yang disebut kepada Wendy apabila berlaku tantrum atau meltdown. Sebagai pesanan untuk dia bertenang, kawal diri dan jangan cederakan sesiapa.
 
Wendy yang dipisahkan daripada kakaknya (selepas kematian ibu) kerana dikhuatiri akan mencederakan orang lain, menetap bersama seorang pengusaha rumah individu istimewa, Scottie. Kasih sayang antara Scottie dan semua kliennya sudah seperti keluarga, tinggal serumah, makan bersama dll.
 
Beberapa benda saya perhatikan yang boleh dikongsikan dalam filem ini ialah:
 
1. Pemahaman masyarakat umum terhadap individu Autism
 
Wendy mempunyai kesukaran untuk berdikari di dunia luar seperti membeli tiket bas, berkomunikasi dengan orang sekeliling dll. Dia sendiri pun tidak difahami oleh orang sekitarnya (walaupun dia fasih bertutur, cuma isu kemahiran interaksi sosial) yang menjadikan beliau dirompak, ditipu dan ditinggalkan seorang diri di tengah-tengah lebuh raya.
 
2. Kemahiran pihak berkuasa dalam mengendalikan individu Autism
 
Pihak hospital sendiri yang tak tahu bagaimana nak mengendalikannya (selepas dia kemalangan) dan dilihat pelik oleh staf sendiri. Malah, oleh pihak polis sendiri pun alami kesukaran untuk mendekatinya. Mujurlah salah seorang anggota polis itu kenal beg yang dipakai Wendy ialah daripada Star Trek, dan sedar yang beliau juga turut sama peminat Star Trek. Babak yang melucukan, apabila beliau berkomunikasi dengan Wendy dalam bahasa Klingon, sebagai usaha untuk mendapat kepercayaan oleh Wendy.
 

 
Saya nak sentuh poin kedua ini dengan lebih mendalam.
 
Di Malaysia sekarang, kanak-kanak Autism semakin ramai mendapat diagnosis ASD dan ada yang sudah mencapai usia 16-17 tahun. Dalam 5-7 tahun lagi, individu ini akan mula menjejak usia dewasa dan pelbagai isu akan muncul dan perlu diberi perhatian oleh kita:
 
1. Peluang pekerjaan untuk mereka berdikari dan sara hidup. Mampukah industri pekerjaan kita menerima individu seperti ini? Sedangkan seperti kita tahu, individu Autistik suka pada rutin dan ini mungkin boleh jadi peluang baik untuk gunakan potensi itu dalam industri kita.
 
2. Kemahiran dan kepakaran istimewa individu Autistik seperti menganalisis nombor, melukis, menulis dll (savant syndrome) boleh jadi sia-sia andai kita terlalu fokus pada ‘kecacatannya’ sehingga tak nampak keistimewaannya.
 
Di US, sudah mula wujud dan giat usaha oleh NGO-NGO untuk timbulkan kesedaran dan pengetahuan pihak berkuasa seperti polis, bomba dan perubatan, bagaimana nak mengendalikan individu Autistik, sekiranya berlaku sesuatu seperti:
 
  • Hilang daripada rumah (sebab berjalan-jalan keluar tanpa beritahu sesiapa)
  • Terlibat dalam kemalangan (kerana kurang sensitiviti terhadap rasa bahaya)
 
Malah lebih merisaukan, sekiranya pihak polis terjumpa mereka berseorangan di mana-mana waktu malam, apabila didekati akan melarikan diri dan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan:
 
  • Mereka takut pada lampu yang disuluh (masalah sensori)
  • Tak suka didekati atau dipegang (kalau ada polis mahu gari)
  • Kelihatan seperti sedang high dadah, sedangkan itu memang personaliti nya (tak menyahut dipanggil, tiada pandangan mata, banyak mengipaskan tangan dll)
 
Semua yang saya tulis ini bukan teori semata-mata, tetapi kemungkinan yang boleh/bakal terjadi.
 
Dan, ia memang sudah pun berlaku di negara Amerika. Saya melanggan berita di sana (National Autism Association) yang berkaitan dengan individu Autistik. Saban hari saya melihat berita berkaitan anak ASD yang hilang, ditemui lemas dalam tasik, ditangkap oleh polis kerana disangka sedang high dadah dan banyak lagi.
 
Ia tak mustahil akan berlaku di Malaysia juga, seandainya kita tidak bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan seperti ini.
 
Persoalannya, wujudkan sebarang usaha oleh kerajaan atau daripada kita sendiri, untuk meningkatkan PENERIMAAN autism (bukan lagi kesedaran) dalam kalangan masyarakat kita sekarang?
 
Satu persoalan yang menerpa di minda saya selepas menonton Please Stand By.
 
Filem yang digalakkan untuk tonton bukan oleh ibu bapa anak-anak Autistik sahaja, tetapi oleh orang awam juga.
 
Kerana PENERIMAAN itu jauh lebih penting berbanding KESEDARAN mengenai Autism di Malaysia.

Bukan Semua Anak Autisme Itu Seperti Dalam Filem!

Petang tadi, ada berbual-bual dengan kawan tempat kerja, mengenai filem berkaitan Autism. Saya perasan ada satu trend yang agak membimbangkan dalam kalangan pembikin filem ini.
 
The Accountant (US)
Good Doctor (Korea)
The Good Doctor (US)
Rain Man (US)
Mercury Rising (US)
 
dan lain-lain.
 
Filem-filem dan TV Series ini bagus dalam menyebarkan kesedaran mengenai Autism kepada serata dunia. Ini satu usaha yang dipuji, memberi kelainan perspektif kepada kita.
 
Tetapi yang sedihnya, Autism yang ditunjuk dalam senarai ini, semuanya merujuk kepada High Functioning Autism, dan tambahan dengan Savant Syndrome (minat dan bakat spesifik dalam satu perkara).
 
Boleh kata, itu mungkin 10% sahaja daripada keseluruhan populasi Autistik di dunia ini. Atau mungkin lebih (saya tiada data spesifik mengenai ini, hanya andaian sendiri – tetapi yang penting, memang SEDIKIT)
 
Saya belum jumpa filem yang tunjukkan mengenai Autism pada kadar Severe, iaitu yang tak boleh bercakap, tak pandai ke tandas sendiri, yang mengamuk pukul sana sini, kecuali filem Redha. Sedangkan itu Autism juga.
 
Senang cerita, “The Ugly Side of The Autism”.
 
Yang digambarkan di media, semuanya yang memori fotografik macam The Good Doctor, hebat dalam nombor seperti Rain Man atau The Accountant, dan lain-lain.
 
Akibatnya, masyarakat kita melihat Autism ini seperti superpower.
 
“Oh, anak kau Autism? Ini mesti boleh hafal Quran laju.”
 
“Anak ko Autism eh? Boleh jadi macam Albert Einstein.”
 
“Ni mesti power matematik ni. Tak pun memori kuat.”
 
Bak kata kawan saya itu,
“Kalau tunjuk yang severe, yang selalu dikatakan ‘tak ada masa depan’, mana la nak laku filem tu nanti. Orang nak tengok yang best-best je.”
 
Autism bukan hanya semata-mata ketidakmampuan dalam interaksi sosial.
Ia jauh lebih luas daripada itu.
 
🙁
 
Sekian,
Aiman Amri – Peminat setia filem/series berkaitan Psikologi 

Talking About Problem = A Good Therapy

When we were kids, we were able to express ourselves. Our true self.
 
We expressed by talking, laughing, dancing, painting, running, giggling, playing, and so much more!
 
Expressing ourselves thru various mediums help us to maintain our emotional stability, and helps us to cope with the emotional distress in our daily life.
 
However, as we grew up, we were taught to keep it to ourselves. We were taught to ‘behave’, to ‘control’ our inner child, and to ‘grow up.’ Years by years, the emotional distress keeps bottling up in our mind.
 
Without much medium to express ourselves, the feeling of stress expressed themselves out through various ways such as shouting vulgar words, having mean faces, and worse, physical abuse. The cycle of stress.
 
In the western world, they are in the culture of TALKING. They practise the medium of talking as part of their therapy. Even from parents to the kids, they occasionally talk to each other, whenever there is a problem occur. They don’t keep it in themselves.
 
Have you ever watched a Hollywood film where there is a dialogue,
“Can I talk to you?”
Which usually spoken when there is a problem needs to be settled.
 
It is a different culture for Asian.
 
In Malaysia, we don’t believe in the process of talking as part of the solution. We are in the society where keeping it all inside ourselves is better, and sometimes, they were expressed out thru physical, such as back pain, headache, etc.
 
This is one of the reason why in Malaysia, the practice of therapy by counselling, in any field such as marriage/couple counselling, family counselling, individual counselling, were not really in demand.
 
We usually know the counsellors from our school or IPTs, but we rarely see them when we already grew up as an adult. We don’t believe in the concept of TALKING about the problem.
 
Whether this is a bad or good thing, I would personally say it is bad. We need to be open about this, and belief that TALKING is a good thing to let out any emotional distress.
 
Have you ever talked about your problem to a listening ear?
 
Feels really good to let it all out isn’t it? Without being judged, without being suggested a solution, but they were just there, to listen to you, attentively.
 
A wonderful book by Maureen Gaffney, Flourishing – How To Achieve A Deeper Sense of Well-Being, Meaning And Purpose – Even When Facing Adversity.
 
A very good write up from Mai S. Ishak in her Facebook about the difference in the culture of the West and the East.
 
Again, I would really recommend this ‘Dear Zindagi’ film to anyone who have not watched it yet.

Mental Illness Is A Real Illness – Dear Zindagi

One of the best quote in ‘Dear Zindagi’ film is the scene at the Mental Health Awareness Convention, a paradise for the psychologist, psychiatrist and therapist.
 
I love it so much, that I have to do this poster just to highlight it, for our awareness.
 
It’s true right?
 
We all can be ‘open’ when it comes to physical sickness, but when it’s mentally related, suddenly we are afraid to talk about it. Even worse, we just keep it to ourselves, which make us sicker and sicker everyday.
 
Mentally sick is not the same as physically.
 
You will not see any bruise and blood. But you will see a certain abnormal behaviour that is the result from that sickness.
 
Mood swing, anger without reason, intensive sadness, continuous stress and so much more. Each of them could mean different things, comes with different reason, and have different story about it.
 
I’m not saying that everything related about mind is a mental sickness, but we need to differentiate between mental sickness or just simply a normal emotional reaction (sad, happy, hurt etc).
 
In Psychology, we have a lot of name for this field, e.g. Clinical Psychology, Abnormal Psychology, Forensic & Mental Health etc.
 
But they are all send the same message,
The health condition of our mental state.
When you saw someone bleeding, you don’t say to them
“Just suck it up! You just want some attention, don’t you?”
 
Or,
 
“Cool lah. It is all in your head je tu!”
 
Instead, you give them first aid, treat them, or help them to seek medical assistance. The same goes for mental health. Mental health is just like any other physical health.
 
Understand?
 
SHARE this message, therefore people will be more aware about this issue. Okay?

Dear Zindagi – Perspektif Terhadap Kehidupan Kita

A film that was recommended to me some time ago, but I just had the opportunity to watch it a few days ago.
 
A really great and beneficial film, especially to those still has no idea what’s being a psychologist is all about (although in the film it is focusing more on on the therapy/counselling part).

‘Dear Zindagi’ is a highly recommended film which aims to spread the awareness about mental health, is important just like any other kind of health.

I can give you two reason to watch this film:
 
First, the powerful message that was shown throughout the story of a struggling lady dealing with the problems and people around her, which ultimately begins from her childhood unfinished issues with her parents. After she learn to accept and forgive her past, only then she could move on with her present in order to have a bright future.
 
It is rather interesting to see when such a “simple” and “small” issue from someone’s childhood, affecting someone’s future, for the rest of their life. Isn’t family background typically become a strong and significant factor of someone’s hard life? And when it become worse, comes the criminal episode after that.
 
This film demonstrate that really well.
 
Second, the powerful message that was shown from the perspective of any so-called troubled youth nowadays, is actually just another side of the coin. We only see the trouble side, but never could we able to listen to their story, understand what they have been going through and really knows how to “deal” with them (and that is to connect).
 
I love it so much of this part because I always believe in someone’s different side of the story. Either when we’re having a fight with someone, I truly believe that there must be an explanation, or rather, a reason for those thing to happen. It is not simply just being “emotional”, “troubled”, or any kind of label that we have nowadays.
 
I strongly recommend this film to anyone who are reading this post, as the message inside it, is simply a must-know knowledge to anyone who are called as “human”.
 
One of the best quote from this film is during the scene inside the National Mental Health Convention,

 Because here we still believe that a problem of the mind is something to be ashamed of.

If you have a problem with your body, that’s normal.
You can tell everyone “Hey, I’m in hospital. With a kidney failure, lung infection, jaundice, etc.”
 
But if it’s a problem of the mind then the whole family goes silent.
 
*hush hush hush*
 
As if the mind is not even a part of the body.
 
– Dr Jehangir Khan –

The Story of Mount Everest

My grandfather was a mountain-climber.
Before any expedition, he would be thoroughly prepared.
 
Sadly, poor Pyare was not like this. He was a very old friend of my grandfather’s.
He was also a mountain-climbing enthusiast, whose life-long desire was to climb the toughest peak,
 
Mount Everest!
 
Finally one day, Pyare got the chance to climb Mount Everest with a Chinese trekking expedition group.
Without thought or preparation, he said yes and left.
 
But the group was Chinese, so they could speak only in their own language.
No English.
 
So the trek began.
 
As they slowly and steadily climbed higher,
Pyare paced ahead of the group with much enthusiasm
while the Chinese people kept waving from behind and shouting in Chinese.
 
“Don’t go ahead!”
 
But Pyare thought they were cheering him and saying,
 
“Go ahead!”
 
Suddenly, Pyare saw a growling snow leopard in front of him.
Pyare got bloody scared and he started waving his hands frantically and shouting,
 
“Help, Help!”
 
But the Chinese people thought he is just happy.
 
So he kept crying for help and they kept waving back.
 
Then the snow leopard ate up poor Pyare. Yes the snow leopard was hungry.
You don’t find many people on Mount Everest.
 

 
Sometimes we choose the tough path only because we feel that to achieve important things,
we have to take the tough path. We feel we need to punish ourselves.
 
But why?
 
Why not choose the easy way out? What is so bad about it?
Especially when we are unprepared for the tough path.
 
Why climb mountains when you are not ready to?
 


Kadang-kadang dalam hidup kita, kita mahu memilih jalan yang sukar, susah dan mencabar,
kerana kita merasakan, kita mahu mencapai kejayaan.
 
Kerana kita merasakan, kita mahu menggarap impian yang tinggi melangit.
 
Tetapi kita terlupa, memilih jalan yang senang juga, merupakan satu pilihan,
dan tidak semestinya, memilih jalan mudah itu merupakan satu kehinaan.
🙂
(Sumber daripada Filem Dear Zindagi)