3 Cara Mengendali Pemikiran Negatif – Nak Cuba Tak?

Ada banyak benda dalam kepala itu biasa dan normal, terutama kalau hidup kita banyak komitmen, banyak benda nak kena fikir dan susah untuk ‘berehat’ sekejap daripada minda yang berserabut. Tetapi kalau ia berterusan, sampai berhari-hari dan kacau rutin harian kita, contohnya sampai tahap susah nak tidur, asyik berulang-ulang fikir (ruminating) dan akhirnya, jadi lagi penat. […]

Macam Mana Nak Minta Mak Bawa Adik Jumpa Pakar Psikiatris? #AskAimanPsikologi

Ada dua perspektif saya lihat di sini. Saya akui soalan ini tiada konteks yang spesifik, maka saya akan jawab secara umum sahaja. 1. Cara Mendapatkan Bantuan Profesional Ada dua pilihan, sama ada melalui hospital kerajaan atau pusat psikologi swasta/NGO. Pilihan pertama, terus buat temu janji untuk ke Klinik Kesihatan di laman web Qmed.asia dan cari […]

Saya rasa saya tak stress, tapi selalu sakit dada, terketar-ketar, dan beberapa lagi simptom. Do I need to reach for help? #AskAimanPsikologi

  Penafian awal, sesi konsultasi hanya boleh dibuat melalui sesi depan-depan saja (atau atas talian), bukan melalui media sosial.   Sebab apa? Sebab apabila melibatkan diagnosis, penyebab dan rawatan, semua ini memerlukan penilaian penuh oleh pakar bertauliah sama ada psikologis klinikal atau doktor psikiatri.   Soalan yang ditanya itu, tak dinafikan ia melibatkan simptom berkaitan […]

Bagaimana Nak Tahu Mental Kita Masih Okay Atau Tak? #AskAimanPsikologi

Tak ada satu sifir mudah, sebab definisi ‘okay’ itu subjektif dan berbeza mengikut orang. Ada orang yang tertekan, tetapi kerja tetap jalan. Ada pula yang tak ada buat apa-apa kerja di rumah, tetapi mental rasa tak okay dan down je sepanjang masa. Biasanya, ada tiga kriteria penting kita tengok, untuk ukur sama ada orang itu […]

JOKER: Racun Yang Manis Dalam Kesedaran Kesihatan Mental

Mesti ramai dah tengok filem Joker, kan? Ada yang bersetuju, ada yang bersimpati, ada yang mengkritik. Macam-macam reaksi masyarakat sedunia dalam kritikan sosial yang dibawa oleh filem lakonan Joaquin Phoenix ini. Filem yang membawa mesej yang sangat berat dan bukan semata-mata aksi atau CGI untuk ditonton seperti filem adiwira lain. Senang cerita, filem ini sangat […]

Berprogram Bersama WeCare Allied Health Center!

Hari yang sangat mengenyangkan minda!   Pada sebelah pagi, saya bersama-sama ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas untuk sesi berkaitan hala tuju pendidikan anak-anak istimewa.   Jujurnya, terlalu banyak saya belajar, daripada segi peluang yang ada untuk kanak-kanak istimewa ini mendapat hak pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain.   Kata Psikologis Farah Putrinegara tadi, informasi […]

Kenapa Bilangan Psikologis Di Malaysia Amat Sedikit?

Daripada 92 Psikologis Klinikal yang ada di Malaysia [1], hanya 14 orang yang berada dalam sektor hospital kerajaan. Selebihnya, ramai yang berada dalam sektor swasta.   Nak tahu tak kenapa tak ramai Psikologis di Malaysia?   1. Aliran kerjaya graduan Psikologi tidak seperti mereka yang dalam bidang perubatan (ada konsep HO, MO dll) atau farmasi […]

Pedofilia: Kecelaruan Mental Yang Anda Perlu Tahu

“Pedophilia : Effects of This Mental Illness”   Baru-baru ini ditemuramah untuk projek subjek English beberapa mahasiswi daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Projek yang melibatkan kesedaran dan kesihatan mental berkaitan Pedophilic Disorder, sebuah kecelaruan mental oleh pemangsa Pedofilia.   Pedophilic Disorder merupakan cabang pecahan daripada Paraphilic Disorder, iaitu tingkahlaku seksual yang abnormal, contohnya terhadap […]

Beragama Tetapi Mahu Bunuh Diri?

Faktor agama dan spiritual mampu mencegah “keberjayaan” sesebuah usaha membunuh diri, tetapi ia tidak mampu menjadi penghalang kepada niat itu timbul.   Contohnya, jika ada seorang muslim yang sedang dalam kemurungan dan mahu bunuh diri.   Niat nak bunuh diri itu muncul dalam kepala – Ini bukan salah beliau, kerana kondisi mental yang memang dalam […]