Siapa Aiman

Aiman Amri ialah seorang Mental Health Advocate yang aktif memberi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Beliau mahu mendidik masyarakat umum mengenai ilmu Psikologi seperti Depresi, Perkembangan Kanak-kanak Istimewa, Personaliti dan Sosial.

Setelah menamatkan pelajarannya dalam BSc in Psychology, di University of Nottingham, United Kingdom, beliau mengejar cita-citanya dengan berkhidmat di WeCare Allied Health Center, sebuah Pusat Psikologi Kanak-kanak dan Dewasa di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist. Kini, beliau bersama Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai di Shah Alam, meneruskan kerjayanya sebagai bakal Psikologis satu hari nanti.

Beliau berpengalaman memberi ceramah dan latihan selama lebih 4 tahun yang bermula sejak zaman akademiknya lagi. Pendedahan beliau terhadap psikologi dan tingkahlaku bermula sejak zaman universiti dan kini, menggilap kemahiran di tempat kerjayanya.

Beliau sering dijemput sebagai penceramah, moderator dan ahli panel forum bersama mahasiswa mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, berkongsi topik Kesihatan Mental, Personaliti dan Sosial. Malah, beliau juga pernah ditemuramah oleh Mingguan Wanita, Kosmo! Astro Awani, Bernama, TV Al Hijrah dan Malaysia Hari Ini sepanjang perkongsian beliau kepada masyarakat umum. Pencapaian paling membanggakan setakat ini adalah apabila beliau menjadi hos kepada rancangan Psikosis, sebuah projek majalah televisyen RTM1 berkenaan isu kesihatan mental di Malaysia yang mempunyai 13 episod dan bakal ditayangkan pada tahun 2019 ini.

Beliau aktif berkongsi ilmu Psikologi di Facebook page beliau, Aiman Psikologi dengan hashtag #PengkajiMindaManusia yang mempunyai 60,000 likers dan menjadi penyampai tetap kepada ML Studios bagi topik Psikologi, sebuah syarikat yang aktif mendidik masyarakat melalui media sosial dalam pelbagai aspek ilmu. Perkongsian ringkas dan padat turut disebarkan melalui Twitternya yang sudah mencapai 100,000 followers!

Melalui pendedahan oleh Aiman, peserta mampu menambah ilmu dan kesedaran dalam memahami pemikiran dan tingkahlaku manusia secara ilmiah, praktikal dan menyeronokkan.

Untuk mendapatkan perkongsian berkaitan Psikologi di organisasi anda, hubungi beliau di:

aiman.psikologis@gmail.com