MAKMAL INTROVERT

Platform Online Untuk Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert.
Sesuai untuk introvert yang mahu mengenali diri atau ekstrovert yang mahu memahami kenalan yang introvert.

Perkongsian LIVE

Sesi secara langsung bersama penyampai Makmal Introvert melalui video konferens Zoom

Buffet Minda

Diskusi idea dan fikiran bersama komuniti Makmal Introvert melalui platform SembangPsikologi.com

Memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert

Introvert sering dilabel sebagai satu kekurangan dalam masyarakat. Lebih menyedihkan lagi, individu introvert itu sendiri merasakan perkara sama.

Personaliti ekstrovert pula dilihat sebagai satu kelebihan. Stigma ini terjadi kerana kurangnya pendedahan kita tentang psikologi personaliti manusia.

Melalui projek Makmal Introvert, anda akan memahami lebih baik tentang perbezaan personaliti manusia dan mampu empower golongan introvert supaya kenal diri dan sedar bahawa mereka juga ada kekuatan tersendiri.

Lebih tenang apabila bersendirian

Tak suka suasana ramai orang?

Suka buat kerja tanpa ada orang lain?

Selesa pendam perasaan daripada luahkan?

Rasa pelik kalau kena tegur orang tak kenal?

Selalu keluar rumah berjalan berseorangan?

Banyak berfikir berbanding berkata-kata?

Tahniah!
Anda seorang introvert 🙂

TOPIK PERKONGSIAN

Diri Sendiri

Memahami karakter introvert sekaligus mengenali potensi dan kekuatan golongan ini

Kerjaya

Memahami jenis pekerjaan yang memenuhi kelebihan seorang yang introvert

Pasangan/Keluarga

Memahami dan meraikan personaliti pasangan/ahli keluarga sendiri

Kesihatan Mental

Memahami kaitan antara personaliti manusia dengan isu kesihatan mental

Apa kelebihan Menyertai
Makmal Introvert?

(Klik setiap satu untuk baca perincian)

Perkongsian dalam Bahasa Melayu

Banyak sumber rujukan artikel, buku dan blog di luar sana yang bercerita mengenai Introvert, tetapi banyak yang dalam bahasa Inggeris. Makmal Introvert ini mahu mengisi kekosongan itu.

Komuniti yang memberi sokongan

Pasti seronok apabila dapat berada dalam komuniti yang sama-sama berkongsi personaliti dan minat yang sama. Dapat bertukar cerita, buah fikiran dan rasa. Rasa belonging!

Bersama buang stigma tentang introvert

Sudah tiba masa untuk kita betulkan persepsi orang ramai. Personaliti ialah perbezaan, bukan kekurangan atau kekuatan. Kita perlukan semua jenis orang dalam dunia ini 🙂

Berkenalan semula dengan diri sendiri

Mengenali diri ialah langkah pertama untuk maksimumkan potensi diri. Tak kenal diri maka tak cintakan diri. Dan ini bermula dengan menyertai Makmal Introvert ini.

Membentuk masyarakat saling meraikan

Seperti mana kita terima dan puji kelebihan seseorang itu, seperti itu juga patut kita terima kekurangannya. Dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan, terima dan raikan perbezaan mereka dengan kita.

Siapa Yang Patut Sertai Makmal Introvert?

INDIVIDU

Sesiapa yang mahu mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, sekaligus menyedari potensi diri. Mahu ambil langkah pertama untuk menyayangi diri sendiri

ANAK MUDA

Pelajar atau golongan bekerja yang berminat untuk kenalpasti personaliti kenalan sendiri dan bagaimana nak hidup berkomuniti dengan pelbagai jenis ragam manusia.

IBU BAPA / PENDIDIK

Sebagai usaha untuk mendalami personaliti anak atau pelajar mereka yang mempunyai personaliti introvert, supaya lebih mampu menerima karakter dan identiti mereka

Mengenai Kami

Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologi ialah seorang yang berinspirasi untuk menjadikan ilmu Psikologi sebagai topik menarik untuk dipelajari dengan pendekatan kasual dan mudah difahami oleh masyarakat tanpa mengurangi perspektif saintifik bidang tersebut.

Aqila Masri pula ialah seorang introvert yang tidak mahu menjadikan personalitinya sebagai alasan dan penghalang untuk beri manfaat kepada orang lain.

Gabungan antara kedua-dua individu ini, munculnya projek ‘Makmal Introvert’ sebagai usaha untuk raikan kekuatan individu menyendiri ini.

Hubungi Kami

introvert@aimanpsikologi.com

Ambil Langkah Pertama Untuk Kenali Personaliti Diri. Maksimumkan Potensi Diri Anda Segera!