5 Mitos Popular Psikologi

RM5.00

Belajar ilmu psikologi itu menarik dan berguna sebab membantu kita untuk memahami manusia dengan lebih baik. Tetapi, kita juga perlu berhati-hati dengan teori-teori psikologi yang kelihatan tetapi saintifik tetapi sebenarnya sejenis pseudosains, iaitu tiada kajian sahih pun sebenarnya. Contohnya, mitos manusia mempunyai dominan otak kiri logik atau otak kanak kreatif. Atau mitos yang mengatakan manusia ini menggunakan 10% saja potensi otak dan jika dapat digunakan lebih tinggi peratusan ini, menjadikan kita lebih berkuasa dan genius. Dan banyak lagi!

Melalui Talk From Home Siri 5: Lima Mitos Popular Psikologi,

Anda akan mengenali beberapa mitos yang popular dan kita biasa dengar berkaitan psikologi, sehingga kita tak sangka pun ia rupanya palsu dan tiada latarbelakang sains sahih. Siri ini juga akan berkongsi tip dan petua, bagaimana nak kenal ciri-ciri pseudosains yang ada, supaya kita lebih arif dan mampu kenalpasti mitos ini pada masa akan datang.

Category:

Description

“Talk From Home” ialah sebuah projek yang mengumpulkan talk pelbagai jenis topik menarik berkaitan psikologi manusia. Kupasan ini secara santai, online dan boleh diakses oleh sesiapa saja pada mana-mana jua, melalui pembelian di sini.

Selepas pembelian ini, anda akan:

  1. Terima sebuah fail melalui emel yang diberi ketika pembayaran
  2. Fail itu mengandungi langkah-langkah dan pautan link untuk tonton
  3. Klik, tonton dan hadam. Ulang seberapa banyak kali yang anda mahu untuk ulangkaji jika perlu

 

Video ini merupakan hak cipta terpelihara oleh AimanPsikologi.com. Sebarang sebaran berbentuk fizikal atau virtual, hendaklah dengan kebenaran bertulis oleh pemilik jenama AimanPsikologi.com dan sekiranya anda melanggar etika ini, anda boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987.

* * * * *

Komen