Dalam 2-3 hari mengosongkan barang-barang dalam bilik atas sebab rawatan untuk Hoarding Disorder (kesinambungan daripada post ini), saya perasan ada beberapa teknik untuk jadikan proses ini berjaya.
1. Bermula mengikut seksyen. Contohnya, selesaikan barang-barang dalam almari pakaian dahulu. Lupakan bahagian lain (rak buku, tepi katil atau sebagainya). Ini membantu untuk fokus pada kategori
2. Asingkan mana-mana yang kita rasa sudah tidak perlukan (lama, buruk, koyak, kusam dan sebagainya). Sambil itu, kemas juga seksyen tersebut.
Cadangan saya, sediakan satu kotak/beg/tong atau apa sahaja untuk longgokkan semua yang diasingkan itu. Ia menimbulkan satu persepsi dalam minda kita bahawa ada satu titik untuk lepaskan semua barang lama tersebut. Sangat membantu!
3. Habis asingkan, sebenarnya tugas kita belum selesai. Kita perlu masuk pusingan kedua, iaitu keluarkan semua yang dalam keadaan baik, tetapi kita dah tak pakai.
Kenapa pusingan kedua?
Sebab pusingan pertama tadi, kita hanya asingkan mana-mana yang kita memang yakin takkan pakai, sebab itu senang nak buat.
Pusingan kedua, ialah mengasingkan mana-mana yang masih elok, tetapi kita mahu lepaskan. Ini yang mencabar dan amat sukar dilakukan ?
4. Setelah selesai, sekiranya anda rasa barang itu masih banyak dalam simpanan, dan mahu kurangkan lagi, masuk lagi pusingan ketiga. Ulang-ulang proses sehinggalah ke tahap jumlah minimum barang anda. Mana yang PERLU sahaja, bukan mana yang MAHU.
5. SELESAI!
Boleh lepaskan objek tersebut di Freemarket, atau Hadiah kepada orang lain, atau Kitar Semula mana yang boleh. Jalan terakhir, buang sahaja.
Seseorang yang menghidap Hoarding Disorder akan sukar untuk melalui proses ini, tetapi percayalah, setelah anda selesai, rasa sangat PUAS dan LAPANG!
Saya masih 20% daripada jumlah keseluruhan barang-barang saya, baru selesai bab pakaian (sudah berjaya lepaskan dua luggage bag berisi penuh pakaian).
Saya tersenyum sepanjang hari ini walaupun mengalir air mata ketika nak serahkan pagi tadi.
^_^