Kesedaran dan pengetahuan mengenai dunia kanak-kanak istimewa di Malaysia perlu terus dikembangkan.
Mereka ini bukan perlukan simpati dan belas kasihan oleh kita, tetapi hak untuk dapat hidup bersama-sama dalam komuniti.
Tak kira apa jenis diagnosis sekali pun, mereka merupakan sebahagian daripada komuniti kita, dan mereka berhak mendapat layanan dan peluang yang setimpal dengan mereka.
Kerana mereka juga manusia seperti kita,
Yang mempunyai hobi, cita-cita, impian, minat, personaliti, emosi dan motivasi. Apa yang mereka perlukan bukan lagi kesedaran, tetapi PENERIMAAN.
Dapat bermain bersama kanak-kanak lain,
Dapat belajar bersama pelajar-pelajar lain,
Dapat bekerja bersama staf-staf lain.
:’)
MESEJ UNTUK IBU BAPA / AHLI KELUARGA KEPADA INDIVIDU SINDROM DOWN
Anda kuat. Bukan semua orang mampu lalui jalan hidup sebegini. Kami yang tak ada ahli keluarga Sindrom Down ini takkan sesekali akan faham apa yang anda lalui.
Tetapi kami tahu, anda insan terpilih. Mungkin ini bunyi romantis, optimistik dan idealistik, tetapi saya percaya, pada setiap usaha kita dalam mendidik kanak-kanak terpilih ini, merupakan lubuk pahala di akhirat kelak.
Kerana tiadalah kebahagiaan yang lebih tinggi apabila di alam sana kelak, individu istimewa ini menyebut nama kita untuk turut bersamanya di syurga, sebagai terima kasih kerana membesarkannya :’)
Semoga syurga buat kalian – para ibu bapa, ahli keluarga dan guru-guru/terapis-terapis.
Terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana memberi peluang untuk saya pertama kali dalam hidup muncul di kaca televisyen. Walaupun hanya dimasukkan beberapa saat sahaja, saya hargainya. Temuramah ini merupakan inisiatif dan seruan kepada pihak syarikat Insurans supaya kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down.
Laporan penuh berita tersebut boleh ditonton di sini:
- Belum ada insurans khusus untuk anak Sindrom Down
- Kaji semula insurans untuk anak Sindrom Down – Bahagian 1
- Kaji semula insurans untuk anak Sindrom Down – Bahagian 2
- Syarikat insurans perlu beri perhatian kepada anak Sindrom Down
- Stigma masyarakat perlu diubah (Aiman Amri dalam episod ini : )
Artikel ini sebagai mengulas kepada orang ramai, mengenai mesej penuh yang ingin dibawa oleh kami, pihak WeCare Allied Health Center kepada masyarakat awam mengenai kanak-kanak istimewa.
– Aiman Amri,
Special Needs Educator,
WeCare Allied Health Center