Minat Saya Terhadap Kanak-Kanak Mula Tertanam

Autism, berasal daripada perkataan Greek, Autos, yang bermaksud “Self” atau “Diri Sendiri.”
 
Kanak-kanak Autistik memang dikenali ciri-ciri mereka hidup “berada dalam dunia sendiri”, dan ini membawa ketidakmampuan (inability) untuk berinteraksi dan berkomunikasi.
 
Jujurnya, saya tak pernah terbayang akan melibatkan diri dalam bidang ini. Asalnya, saya lebih berminat untuk fokus dalam bidang training & consultancy (mahu menjadi trainer).
 
Tetapi sejak kepulangan saya daripada umrah Ramadan lepas, saya jatuh cinta kembali untuk fokus kepada kerjaya berkaitan Psikologi, dan memang bercita-cita tinggi untuk menjadi Psikologis bertauliah. Maka fokus sekarang jatuh kepada minat saya yang lebih utama, iaitu Psikologi Kanak-kanak.
 
(percaya atau tidak, diploma saya dulu ialah berkaitan engineering)
 
Sejak awal Degree, sudah mula melibatkan diri dengan kanak-kanak berusia 3-10 tahun.
 
3 tahun berada di Nottingham, UK dahulu, 3 tahun juga saya melibatkan diri dengan KAFA Notts Little Caliph. Entah mengapa, ada sesuatu yang menarik minat saya untuk lebih mendalami pemikiran dan tingkahlaku kanak-kanak sejak mereka lahir sehingga dewasa.
 
Dijadikan cerita juga, saya perasan, saya ada ‘bakat’ (ececece) untuk cepat mesra dengan kanak-kanak. Dengan jiwa yang muda dan keanakan-anakan ini, menjadi senjata utama saya dalam bidang tersebut.
 
Sehinggalah ke hari ini, menjadikan minat tersebut sebagai kerjaya. Malah, fokus ke arah Autism pula, iaitu sesuatu yang masih baru di Malaysia.
 
Walaupun kita belum tahap seperti UK, Ireland dan lain-lain negara yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi terhadap pendidikan kanak-kanak, saya percaya, Malaysia sudah mula ke arah situ.
 
Satu ketika dahulu, tak siapa pun tahu, apa itu Autism. Hari ini? Berlambak-lambak informasi dan pusat-pusat yang membantu kanak-kanak ini untuk sesuaikan diri dalam dunia ‘normal’ ini.
 
Semoga satu hari nanti, kesedaran kita semakin meluas, terutama dalam kalangan mereka yang tiada anak Autism, kerana saya perasan, kesedaran ini meluas dalam kalangan mereka yang terlibat sahaja, tetapi bukan dalam kalangan rakyat jelata.
 
Kita semua mainkan peranan untuk sebarkan kesedaran tersebut, dan bukan terhad kepada Autism sahaja, tetapi mengenai pendidikan kanak-kanak secara keseluruhannya.
 
Insya Allah, satu hari nanti. ^_^
 
Juga, doakan saya supaya berjaya menjadi Psikologis Kanak-Kanak satu hari nanti ya? Amin…
 

NOTA:
Buku yang saya baca ini, sangat menarik dan mudah untuk difahami.
Penjelasan dengan bahasa ringkas dan tidak terlalu jargon. Sangat disyorkan untuk baca!
 
Autistic Spectrum Disorder, oleh Sarah Worth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *