Peringkat Perkembangan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak

Menulis atau melukis merupakan kemahiran yang kompleks bagi seseorang manusia.
 
Apabila kita menulis/melukis, ada beberapa skil atau kemahiran yang diperlukan, iaitu:
 
  1. Skil motor halus – untuk memegang dan menggerakkan sesuatu yang kecil (pen, pensel, krayon)
  2. Kognitif – Perhatian dalam membuat sesuatu tanpa hilang fokus
  3. Komunikasi – Menulis/Melukis merupakan salah satu ekspresi manusia, untuk meluahkan apa yang terbuku di hati
dan banyak lagi.
 
Saya terdetik untuk berkongsi mengenai cara untuk kita bantu kanak-kanak ini belajar menulis/melukis. Tip ini juga berguna untuk anak-anak istimewa, contohnya Autisme, kerana ada antara mereka yang mengalami kelewatan perkembangan skil-skil yang dinyatakan di atas.
 
PERINGKAT 1 – BEBAS
  • Beri mereka peluang untuk menconteng, menggerakkan pen tanpa tujuan dan tanpa peraturan.
  • Ini untuk membiasakan mereka dengan pegangan dan genggaman sebuah alat tulis
  • Lama-lama, kita mula bantu mereka untuk pegang dengan cara betul (kanak-kanak biasanya akan pegang dengan kelima-lima jari waktu awal penggunaan)
 
PERINGKAT 2 – IKUT
  • Bantu mereka untuk belajar macam mana nak menulis/melukis mengikut bentuk yang diberi
  • Antaranya, boleh guna highlighter dan minta mereka tulis semula mengikut garisan highlighter tersebut
  • Mulakan dengan garisan lurus dahulu, baru mula sedikit bengkang-bengkok. Baru berputar-putar.
  • Ambil masa, tak perlu tergesa-gesa. Berminggu-minggu pun tak mengapa, sebab kita tak nak dia stress dengan konsep menulis/melukis, dan akhirnya tak berminat dah
 
PERINGKAT 3 – BENTUK
  • Selepas dah kuasai peringkat 2, ajar mereka untuk lukis bentuk pula.
  • Mulakan dengan paling mudah – bulatan
  • Perlahan-lahan, buat bentuk lain pula (petak, segi tiga dll)
  • Jangan lupa beritahu mereka itu bentuk apa yang dilukis – Walaupun mereka tak memahami (bagi sesetengah kanak-kanak Autism) tetap beritahu nama bentuk itu
 
Peringkat menulis/melukis ini perlu dibuat secara berperingkat-peringkat. Jangan tergesa-gesa terus mahu mereka buat sesuatu yang kompleks.
 
Lagi satu, apa yang saya kongsi ini hanya untuk asas menulis/melukis sahaja. Belum masuk lagi berkenaan bab menulis huruf, nombor atau sebagainya. Itu lain pula.

Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
Hubungi saya untuk temujanji (klik sini)
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my