Apa Itu Pendidikan Seks?

RM5.00

Adakah pendidikan seks ini bermaksud mengajar manusia untuk melakukan seks? Atau ia sebenarnya lebih daripada itu? Dan kepada siapa yang patut diajar ilmu ini? Saban hari, kita lihat pelbagai jenis masalah sosial yang melanda dalam masyarakat kita. Penderaan seks kanak-kanak, kes cabul dan rogol, gejala pergaulan bebas dan macam-macam lagi.

Melalui Talk From Home Siri 6: Apa Itu Pendidikan Seks?

Anda akan dikongsikan mengenai contoh-contoh silibus/modul yang ada dalam pendidikan seks, untuk siapa ilmu ini patut diajar, umur berapa sudah perlu bermula dan bagaimana untuk kita sampaikan pengetahuan ini kepada kanak-kanak atau remaja-remaja di luar sana. Siri ini akan berdiskusi secara matang dan profesional, tanpa ada sebarang elemen lucah atau lawak kurang sopan.

Kita dengarkan perkongsian khas daripada Akhi Fairuz, speaker di ML Studios yang aktif berkongsi kesedaran berkaitan masalah sosial remaja melalui program-program motivasi dan juga di media sosial.

Category:

Description

“Talk From Home” ialah sebuah projek yang mengumpulkan talk pelbagai jenis topik menarik berkaitan psikologi manusia. Kupasan ini secara santai, online dan boleh diakses oleh sesiapa saja pada mana-mana jua, melalui pembelian di sini.

Selepas pembelian ini, anda akan:

  1. Terima sebuah fail melalui emel yang diberi ketika pembayaran
  2. Fail itu mengandungi langkah-langkah dan pautan link untuk tonton
  3. Klik, tonton dan hadam. Ulang seberapa banyak kali yang anda mahu untuk ulangkaji jika perlu

 

Video ini merupakan hak cipta terpelihara oleh AimanPsikologi.com. Sebarang sebaran berbentuk fizikal atau virtual, hendaklah dengan kebenaran bertulis oleh pemilik jenama AimanPsikologi.com dan sekiranya anda melanggar etika ini, anda boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987.

* * * * *

Komen