Mengendali Hati Rasa Kosong

RM5.00

Pernah tak rasa sunyi atau kosong dalam seharian, walaupun dikelililingi kawan-kawan dan keluarga?

Atau rasa ibarat dunia ini tiada sesuatu pun yang menarik untuk dilihat. Jika ada sekali pun, hati sudah terasa kebas dan ‘numb’, untuk timbul sebarang rasa gembira, sedih, marah atau sebagainya?

Adakah rasa kosong ini sesuatu yang boleh diatasi, atau personaliti kita memang begini? Dan bagus atau tidak sebenarnya jika perasaan ini berlarutan?

Melalui Talk From Home Siri 8: Mengendali Hati Rasa Kosong,

Anda akan didedahkan mengenai faktor biologi, psikologi dan spiritual di sebalik rasa kekosongan itu dan bagaimana untuk melawannya, supaya hidup kita semua lebih bahagia dan terasa kenikmatannya.

Category:

Description

“Talk From Home” ialah sebuah projek yang mengumpulkan talk pelbagai jenis topik menarik berkaitan psikologi manusia. Kupasan ini secara santai, online dan boleh diakses oleh sesiapa saja pada mana-mana jua, melalui pembelian di sini.

Selepas pembelian ini, anda akan:

  1. Terima sebuah fail melalui emel yang diberi ketika pembayaran
  2. Fail itu mengandungi langkah-langkah dan pautan link untuk tonton
  3. Klik, tonton dan hadam. Ulang seberapa banyak kali yang anda mahu untuk ulangkaji jika perlu

 

Video ini merupakan hak cipta terpelihara oleh AimanPsikologi.com. Sebarang sebaran berbentuk fizikal atau virtual, hendaklah dengan kebenaran bertulis oleh pemilik jenama AimanPsikologi.com dan sekiranya anda melanggar etika ini, anda boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987.

* * * * *

Komen