Projek Psikosis

Kes kesihatan mental di Malaysia sebenarnya sudah terlalu banyak, tetapi banyak yang under-reported. Banyak kes di hospital, berkaitan dengan yang sudah ‘tenat’.
Tetapi kesihatan mental bukan sekadar Depression, Schizophrenia, Anxiety dan sebagainya. Ia lebih luas.
Hoarding Disorder, iaitu penyakit tak boleh membuang barang lama, atau Kleptomania, penyakit suka mengambil barang bukan hak milik sendiri, Narcissisme pula berkaitan takjub dengan diri sendiri, dan banyak lagi jenis-jenis Mental Disorder yang wujud.
Ia sangat luas.
Dan perspektif melihat cabang ilmu berkaitan pengkajian minda ini, bukan satu sisi, malah, boleh dikatakan, sebenarnya perlu TIGA sisi.
Psikiatri, Psikologi, Kaunseling.
Tiga mata utama untuk memahami pemikiran dan tingkahlaku manusia, dengan masing-masing, mempunyai pandangan tersendiri, kajian yang tersendiri.
Mana satu yang paling bagus?
Jawapannya, terletak kepada individu tersebut.
Semuanya bergantung kepada preferens, kesesuaian, tahap efektif, keadaan biologinya, dan macam-macam lagi.
Saya tidak percaya pada satu hari nanti, bidang ini akan mempunyai satu medium atau perspektif universal, yang mampu untuk menterjemahkan semua jenis penyakit tersebut.
Kerana manusia ini unik. Setiap orang, mempunyai keunikan tersendiri. Pegangan saya,
“Human Is Interesting.”
Sekiranya merasakan diri kita ada simptom-simptom tertentu yang berkaitan minda (mental rasa tak sihat), maka pilihan yang ada ialah:
  1. Berjumpa Psikiatris di Hospital Kerajaan/Swasta. Sama ada terus ke hospital untuk berjumpa mereka, atau boleh ke klinik kesihatan/swasta untuk diagnosis awal. Jika perlu, minta surat rujukan untuk dibawa ke pihak hospital.
  2. Berjumpa dengan Psikologis. Di hospital, biasanya ada Psikologis Klinikal dan Psikologis Kanak-kanak (dua ini jawatan yang ‘demand’ di Malaysia). Hospital kerajaan ada, swasta pun ada. Pendekatan mereka lebih kepada terapi, dan bukannya perubatan (seperti Psikiatris).
  3. Berjumpa dengan kaunselor, untuk adakan sesi kaunseling. Jangan salah faham, kaunseling bukan untuk orang bermasalah. Saya percaya, semua orang perlukan kaunseling, kerana ia salah satu medium rawatan minda kepada klien. Ia peluang untuk kita meluahkan, dan memahami situasi hidup kita dengan sisi yang berbeza. Kaunselor bukan penyelesai masalah kita, tetapi mereka boleh cerahkan minda kita sehingga kita sendiri mampu untuk cari penyelesaian kepada masalah kita.
Malam ini, berjumpa mata ke mata dengan dua kenalan baru. Baru sahaja berkenalan di page ini, dan membuat keputusan untuk berjumpa. Kedua-dua mereka, ialah LIKERS page ini, dan mereka ada hasrat yang sangat baik untuk timbulkan kesedaran mengenai Kesihatan Mental dalam kalangan rakyat Malaysia.
Saya sokong sepenuhnya usaha tersebut, dan akan berikan bantuan sebanyak mana yang mampu untuk jadikan impian tersebut menjadi kenyataan.
Semoga kesedaran mengenai kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia, semakin meluas dan tersebar jauh insya Allah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *