Terserempak Kanak-Kanak Autistik Di Giant

Pagi tadi sempat ke Giant sebentar, selepas solat Raya. Terserempak dengan seorang kanak-kanak Autism, sedang membeli-belah juga.
Gayanya, seperti umur 10-12 tahun.
 
Macam mana tahu beliau Autism? Pada beberapa simptom yang saya ketahui daripada pemerhatian kasar. Stimming, verbal, dan beberapa lagi perkara.
 
Nak dijadikan cerita, beberapa orang yang berada di situ, merenung beliau dengan sangat lama. Pandangan yang jarang-tengok-budak-istimewa.
 
Saya perasan, ada juga yang menunjuk-nunjuk dengan jari, sedangkan kanak-kanak itu hanya berdiri berjalan mengikut ibunya dari belakang. Tak kacau sesiapa pun.
 
Saya faham, dengan pendedahan yang amat kurang mengenai neurodiversity (kepelbagaian jenis minda manusia) di negara kita ini, menyebabkan pandangan sebegitu, “unik”.
 
Saya juga pernah berada di tempat mereka.
 
Memerhatikan kanak-kanak ‘pelik’ ini dengan pandangan hairan, pandangan memerhati dan ingin tahu, “Sakit apa tu?”
 
Syukur alhamdulillah, Allah beri saya rezeki merasa kehidupan di UK selama 3 tahun, sebuah negara yang amat mementingkan Equality, termasuklah Pendidikan kanak-kanak di sana. Pemandangan melihat kanak-kanak istimewa, sama ada berkerusi roda atau tidak, merupakan pandangan biasa.
 
Awalnya, saya juga ada tertenung lama sangat, namun lama-kelamaan, atas dasar menghormati, hanya buat tak tahu sahaja. Seperti mana kita terserempak ada budak lain tengah main bola.
 
Orang kampung saya kata, “Buat don’t know.”
 
Namun, tak semua orang merasa pengalaman di negara sebegitu. Tetapi saya percaya, perkongsian ini, serba sedikit sebagai pesanan untuk semua.
 
Saya harap sesiapa yang membaca tulisan ini, bersederhanalah dalam melihat kanak-kanak istimewa ini di khalayak umum. Elakkan merenung, dan buat tidak tahu saja, bila-bila anda ternampak seseorang yang macam “pelik” daripada biasa.
 
Kita tahu yang kita jarang jumpa, tetapi, hormati juga lah perasaan ibubapa mereka. Every child is special, you know? 🙂

Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *