Kanak-kanak Autistik selalu dikaitkan dengan masalah percakapan. Ya benar, Autism memang mempengaruhi progress percakapan, tetapi tidak semestinya lambat bercakap itu tanda Autism. Tumbesaran percakapan (speech development) kanak-kanak Autistik ini ada 3 jenis:
1. Non-Verbal
Langsung tak boleh bercakap. Hanya mampu menggunakan isyarat tangan, sentuhan fizikal (tarik tangan mak ke arah sesuatu yang dia nak). Mereka ini biasanya mudah tantrum apabila tak dapat apa yang nak, sebab itu saja satu-satunya cara nak ekspresikan diri mereka.
Cara mereka berkomunikasi? Menggunakan PECS
2. Semi-Verbal
Kategori yang dulunya non-verbal, tetapi selepas terapi, sudah mula mengeluarkan suara, alhamdulillah. Percakapan masih kurang jelas, tetapi tetap mesej itu dikeluarkan. Contohnya, “Toilet” berbunyi “oleee..”
Cara mereka berkomunikasi? Guna PECS hanya apabila tak dapat nak cakap (sudah penat, atau belum kuasai perkataan tersebut)
3. Verbal
Ini kategori yang sudah mula sesuaikan diri, high functioning (atau memang tak ada masalah percakapan daripada awal diagnosis). Kadangkala, kalau disertakan dengan ADHD, lagi tak berhenti bercakapnya haaa.. ?
Mereka ini sudah tidak perlukan PECS.
Apa itu PECS? Lain kali pula kita sembang insya Allah 🙂
Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis terapi pertuturan untuk anak anda,
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my