Self Care & Self Love

RM5.00

Pernah naik kapal terbang? Perasan tak ketika taklimat keselamatan oleh krew kapal terbang, jika berlaku kecemasan, mereka akan nasihati untuk kita pakai dahulu topeng oksigen itu sebelum pakaikan pada orang lain (anak, pasangan dll). Pernah terfikir kenapa?

Tiada orang yang akan jaga diri kita, jika bukan kita. Memberi prioriti kepada diri sendiri bukan bermaksud kita pentingkan diri. Self care is not selfish. Ada masa, kita perlu utamakan diri sendiri berbanding orang lain. Selepas kita sudah ‘hidup’, baru lah kita boleh ‘hidupkan’ orang lain.

Malah, melalui self care, baru lah munculnya self love, iaitu peringkat penerimaan diri sendiri walau baik atau buruk.

Kalau kita tak terima diri kita, bagaimana kita nak orang sekeliling terima diri kita, kan?

Melalui Talk From Home Siri 9: Self Care & Self Love,

Anda akan memahami dengan lebih baik teknik-teknik dan cara untuk menjaga diri sendiri, menerima kekurangan diri dan apa langkah-langkah yang boleh dibuat terus menyayangi diri kita sepenuh hati 🙂

Category:

Description

“Talk From Home” ialah sebuah projek yang mengumpulkan talk pelbagai jenis topik menarik berkaitan psikologi manusia. Kupasan ini secara santai, online dan boleh diakses oleh sesiapa saja pada mana-mana jua, melalui pembelian di sini.

Selepas pembelian ini, anda akan:

  1. Terima sebuah fail melalui emel yang diberi ketika pembayaran
  2. Fail itu mengandungi langkah-langkah dan pautan link untuk tonton
  3. Klik, tonton dan hadam. Ulang seberapa banyak kali yang anda mahu untuk ulangkaji jika perlu

 

Video ini merupakan hak cipta terpelihara oleh AimanPsikologi.com. Sebarang sebaran berbentuk fizikal atau virtual, hendaklah dengan kebenaran bertulis oleh pemilik jenama AimanPsikologi.com dan sekiranya anda melanggar etika ini, anda boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987.

* * * * *

Komen