Hai. Saya Aiman Amri, seorang terapis kanak-kanak istimewa. Saya sangat aktif di media sosial, berkongsi mengenai kanak-kanak istimewa, terutama Autisme.
Misi saya satu,
Saya mahu menyebarkan kesedaran mengenai kanak-kanak Autisme di Malaysia, sekaligus membantu mana-mana ibu bapa dan guru-guru atau sesiapa saja untuk lebih memahami anak-anak istimewa ini, daripada perspektif Psikologi.
Melalui Facebook Aiman Amri, saya fokus kepada perkongsian berkaitan Autisme, manakala topik umum mengenai Psikologi, saya berkongsi di FB Page Aiman Psikologis​.
Saya harap, melalui penulisan dan pendedahan di sini, pembaca mampu menambah ilmu dan kesedaran dalam memahami pemikiran dan tingkahlaku manusia secara ilmiah, praktikal dan menyeronokkan.
– Aiman Amri,
Special Needs Educator,
WeCare Allied Health Center​
Pengasas www.aimanpsikologis.com