
Apabila Ustaz Ridha bertanya soalan ini,
Respons pertama saya,
“Wallahualam. Tak pernah terfikir pula saya.”
Jawapan kedua saya selepas itu pula,
“Autism memang satu kondisi yang dah lama orang tertanya-tanya. Memang sejak dahulu kala dah wujud, atau baru je muncul?”
Pendek kata,
Teori Pertama:
- Autism dah wujud sejak manusia dahulu, seperti mana wujudnya demam, batuk dll sejak dahulu kala.
- Dulu, hanya nampak sebagai “Kanak-kanak Istimewa”, atau “Orang tak betul”, bagi yang langsung tiada pendedahan.
- Namun dengan pengetahun dan pengkajian zaman moden ini, kita dapat kenalpasti beberapa ciri-ciri Autism, dan mengkategorikan kondisi tersebut di bawah Autism Spectrum Disorder (ASD). Malah, kesedaran dan pendedahan mengenai ASD semakin meningkat!
- Lalu daripada ini, nampak macam “Autism semakin meningkat pada zaman sekarang, berbanding dahulu.”
It is only an issue of reported case is increasing while the actual case is already there since the beginning.
Teori Kedua:
- Autism tak pernah wujud pada zaman dahulu. Manusia dulu sihat-sihat, dan tiada kondisi minda sebegitu.
- Namun sejak akhir-akhir ini, pelbagai faktor seperti makanan, keluarga, genetik, gelombang atau sebagainya, sebagai penyebab muncul kondisi ASD.
- Malah lebih ‘seronok’ lagi, ramai mengkaitkan dengan kemunculan ASD ini kerana pengambilan vaksin. Antara hujah popular daripada golongan anti-vaksinĀ (namun saya bukan nak komen pasal itu dalam post kali ini
- Maka, dengan itu, kelihatannya, “Autism semakin meningkat pada zaman sekarang, berbanding dahulu.”
Dua teori yang berbeza, tetapi menjurus kepada hasil/output yang sama, iaitu “Autism semakin meningkat.”
Pakar-pakar Psikologi ramai yang berat ke arah teori pertama. Malah, ada pepatah yang popular dalam kalangan Psikologis ini,
“Our knowledge and understanding of our mind today,
is exactly like what our knowledge and understanding of our heart (jantung) 70 years ago.”