Jenis Gaya Pemikiran Kanak-Kanak Autism

Nama Professor Temple Grandin tidak lagi asing dalam kalangan mereka yang terlibat dengan dunia Autism Spectrum Disorder (ASD).   Beliau merupakan individu Autistik, penulis buku, seorang Professor (bertaraf PhD), pengusaha/konsultan binatang ternakan ladang dan merupakan ikon besar dalam dunia berkaitan Autism.   Dalam bukunya, “Thinking In Pictures”, beliau menyatakan bahawa secara generalnya, dalam kalangan individu […]

ABC – Mari Mengenali Individu Autistik

Jom kita kenali beberapa ciri-ciri kanak-kanak Autistik ini!   Secara ringkasnya, saya bahagikan kepada 3 kriteria utama, yang saya namakan sebagai, ABC. Mudah ingat. Appearance Behaviour Communication APPEARANCE Tiada beza paras fizikal dengan individu lain, kerana Autism Spectrum Disorder ialah sejenis Neuro-Developmental Disorder. Berbeza dengan individu Down Syndrome, Turner Syndrome dan sebagainya, individu Autistik kelihatan […]

Apabila Diagnosis Diminta Melalui Media Sosial…

Situasi 1:   Seorang pemuda menghantar mesej peribadi kepada seorang doktor yang dikenalinya melalui Facebook. Beliau sering mengikuti penulisan doktor tersebut yang banyak berkongsi mengenai dunia perubatan.   Lelaki yang dikenali sebagai Irfan itu pun memulakan teks mesej beliau,   “Doktor, saya selalu sakit kepala waktu malam. Saya mudah penat selepas balik kerja, dan selalu […]

Peringkat Perkembangan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak

Menulis atau melukis merupakan kemahiran yang kompleks bagi seseorang manusia.   Apabila kita menulis/melukis, ada beberapa skil atau kemahiran yang diperlukan, iaitu:   Skil motor halus – untuk memegang dan menggerakkan sesuatu yang kecil (pen, pensel, krayon) Kognitif – Perhatian dalam membuat sesuatu tanpa hilang fokus Komunikasi – Menulis/Melukis merupakan salah satu ekspresi manusia, untuk […]

Mengapa Diagnosis Autism Semakin Meningkat Sejak 1990

Mengapa bilangan kanak-kanak yang diberi diagnosis Autism semakin meningkat secara mendadak sejak 1990? (Penulisan ini bukan berdebat mengenai isu anti vaksin)   Untuk memahami mengapa bilangan meningkat ini, kita perlu melihat isu ini secara pandangan keseluruhan, dan bukan semata-mata “apa punca” yang akan keluar jawapan seperti makanan GMO, radiasi, vaksin dan sebagainya.   Kita perlu […]

Mengapa Terapi Intervensi Dalam Bahasa Inggeris

Nak tahu kenapa kebanyakan terapi intervensi untuk Autism menggunakan bahasa Inggeris? Antara sebab utama ialah, bahasa Inggeris ini suku katanya sedikit.   Saya bagi contoh terus:   Bahasa Melayu “Saya nak buah.” : Sa-ya-nak-bu-ah (5 suku kata)   Bahasa Inggeris “I want fruit” : I-want-fruit (3 suku kata)   Nampak? Jimat dua suku kata.   […]

Minat Saya Terhadap Kanak-Kanak Mula Tertanam

Autism, berasal daripada perkataan Greek, Autos, yang bermaksud “Self” atau “Diri Sendiri.”   Kanak-kanak Autistik memang dikenali ciri-ciri mereka hidup “berada dalam dunia sendiri”, dan ini membawa ketidakmampuan (inability) untuk berinteraksi dan berkomunikasi.   Jujurnya, saya tak pernah terbayang akan melibatkan diri dalam bidang ini. Asalnya, saya lebih berminat untuk fokus dalam bidang training & […]

Kategori Percakapan Kanak-Kanak Autistik

Kanak-kanak Autistik selalu dikaitkan dengan masalah percakapan. Ya benar, Autism memang mempengaruhi progress percakapan, tetapi tidak semestinya lambat bercakap itu tanda Autism. Tumbesaran percakapan (speech development) kanak-kanak Autistik ini ada 3 jenis:   1. Non-Verbal Langsung tak boleh bercakap. Hanya mampu menggunakan isyarat tangan, sentuhan fizikal (tarik tangan mak ke arah sesuatu yang dia nak). […]

Carta Spektrum Autisme

Semua jenis Mental Disorder di dunia ini, dibukukan dalam kitab yang bernama Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition.   Bahasa manjanya, DSM-V.   Autism dicatatkan dalam kitab itu sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD).   Ramai juga tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan “Spectrum” itu? Jadi, saya buat satu carta ini, untuk difahami lebih jelas. […]

Salam Perkenalan! Saya Seorang Terapis Autisme

Assalamualaikum. Hai semua 🙂   Nama saya Aiman Amri, bekerjaya sebagai Autism Therapist (untuk kanak-kanak Autistic dan ADHD). Dulu, mendapat Degree Psychology di University of Nottingham, UK.   Pengalaman saya bukan hebat mana pun, tetapi saya sangat suka menulis. Sangat sangat suka berkongsi. Namun tak sesekali saya katakan, saya pakar tentang Autism. Ibubapa seperti andalah […]