Extra Chromosome, Extra Ordinary! Hari Kesedaran Sindrom Down Sedunia

21 Mac merupakan Hari Sindrom Down Sedunia. Tahu tak kenapa? Kerana kriteria paling utama Sindrom Down ialah seseorang itu dilahirkan dengan satu lebihan kromosom. Setiap manusia mempunyai 23 kromosom dan setiapnya mempunyai pasangan (jumlah keseluruhan 23×2=46). Pada kromosom yang ke-21 untuk individu Sindrom Down, ada lebihan satu, menjadikan ia ada 3). […]
Kenapa Kita Mesti Puji Kanak-Kanak Dengan Sungguh-Sungguh

Layanilah kanak-kanak kecil saat mereka mahu menunjuk-nunjuk sesuatu yang mereka buat (lukis, warna, tolong kemas dll). Puji sehabis baik, dan senyum seikhlas hati. “Cantiknya Danial lukis!” “Wow pandainya Sarah warna.” “Suap untuk abah? Terima kasih Amir!” Ia menjadi faktor sangat penting untuk tingkatkan self-esteem mereka, yang akan menjadi berguna apabila sudah dewasa […]
Berprogram Bersama WeCare Allied Health Center!

Hari yang sangat mengenyangkan minda! Pada sebelah pagi, saya bersama-sama ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas untuk sesi berkaitan hala tuju pendidikan anak-anak istimewa. Jujurnya, terlalu banyak saya belajar, daripada segi peluang yang ada untuk kanak-kanak istimewa ini mendapat hak pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain. Kata Psikologis Farah Putrinegara tadi, informasi […]
Pengalaman Hidup Membentuk Pemikiran Kita

Sejak daripada lahir, seorang manusia itu mengalami pelbagai jenis pengalaman, yang sedikit sebanyak membentuk pemikiran manusia itu sendiri (selain daripada peribadi yang terbentuk sejak lahir, iaitu faktor genetik, baka dan lain-lain). Setiap manusia di dunia ini mempunyai pengalaman tersendiri, hatta bagi yang kembar sekalipun, pengalaman hidup mereka tetap ada beza dan takkan sesekali sama […]
Menolak Tawaran Kerja Korporat Untuk Kekal Dalam Bidang Psikologi

Nak tahu tak? Beberapa bulan yang lalu, saya menerima panggilan daripada pihak sebuah bank. Terkejut, tetapi seolah-olah dapat mengagak kenapa (sebelum si pemanggil habiskan ayatnya). Setelah memperkenalkan diri, beliau memberitahu bahawa nama saya telah terpilih untuk menyertai Management Training di bawah bank tersebut, hasil daripada tapisan resume yang saya hantar ketika Career Fair […]
Kenapa Perempuan Okay Saja Jalan Pegang Tangan?

Kenapa Kebanyakan Kawan Perempuan ‘Okay’ Berjalan Berpegangan Tangan Sesama Mereka? Sedangkan bila lelaki berpegangan tangan, akan rasa geli dan nak muntah. Silap-silap, dilabel ‘gay’. Tetapi mengapakah ianya berlainan pula bagi pihak perempuan? Seolah-olah, berpegangan tangan sesama mereka itu salah satu cara untuk ekspresikan rasa saayng sesama kawan, tidak pula dilabel ‘lesbian’. Menarik kan? […]
Option vs Procedure – Dua Jenis Gaya Berfikir

Tahun lepas, ada tertonton TV3 (sepintas lalu), drama Nasi Minyak Kuah Cinta. Ada satu babak, seorang makcik ini (kita namakan dia Jemah, sebab saya tak ingat nama dia), terkejut bila balik ke rumah, dan biliknya telah dikemas bersih, asalnya bersepah. Si seorang gadis lain pula muncul, (kita namakan dia Nurul, sebab saya tak tahu […]
Jenis Gaya Pemikiran Kanak-Kanak Autism

Nama Professor Temple Grandin tidak lagi asing dalam kalangan mereka yang terlibat dengan dunia Autism Spectrum Disorder (ASD). Beliau merupakan individu Autistik, penulis buku, seorang Professor (bertaraf PhD), pengusaha/konsultan binatang ternakan ladang dan merupakan ikon besar dalam dunia berkaitan Autism. Dalam bukunya, “Thinking In Pictures”, beliau menyatakan bahawa secara generalnya, dalam kalangan individu […]
ABC – Mari Mengenali Individu Autistik

Jom kita kenali beberapa ciri-ciri kanak-kanak Autistik ini! Secara ringkasnya, saya bahagikan kepada 3 kriteria utama, yang saya namakan sebagai, ABC. Mudah ingat. Appearance Behaviour Communication APPEARANCE Tiada beza paras fizikal dengan individu lain, kerana Autism Spectrum Disorder ialah sejenis Neuro-Developmental Disorder. Berbeza dengan individu Down Syndrome, Turner Syndrome dan sebagainya, individu Autistik kelihatan […]
Usia Berapa, Anak Saya Bercakap Apa?

Kanak-kanak berusia 1-4 tahun, kebiasaannya sudah mula berlaku perkembangan pertuturan, sama ada 1, 2, 3 atau 4 patah perkataan. Perkembangan ini perlu berlaku dengan pesat (tetapi bukan sehingga tahap memaksa untuk bercakap). Proses pertuturan bukan sekadar bercakap. Kemahiran yang diperlukan untuk bertutur sangat kompleks, dan perlu dibangunkan secara berperingkat. Bukan hari ini lahir, esok […]