Mudah Bagi Kita, Tetapi Mencabar Untuk Mereka

Pada kita yang ‘normal’ ini,
kadang-kadang kita mempunyai sangkaan bahawa apa yang kita buat dengan senang,
maka senang juga bagi kanak-kanak untuk buat.
 
Terutama apabila kita perhatikan kanak-kanak ‘normal’ yang lain,
dapat buat dengan senang.
 
Contohnya:
 
“Alah, membaca je, susah ke?” – Mudah bagi kita.
Untuk kanak-kanak Dyslexia? Cabaran yang BESAR.
 
“Susah sangat ke nak duduk diam?” – Mudah bagi kita.
Untuk kanak-kanak ADHD? Cabaran yang BESAR.
 
“Kenapa lambat sangat nak faham?” – Mudah bagi kita.
Untuk kanak-kanak Slow Learner? Cabaran yang BESAR.
 
“Tak pandai bergaul dengan budak lain?” Mudah bagi kita.
Untuk kanak-kanak Autism? Cabaran yang BESAR.
 
Setiap kanak-kanak itu istimewa.
Every kid is special.
 
Tak perlu membandingkan anak-anak kita dengan anak jiran,
anak kawan di pejabat, atau lebih teruk lagi,
dengan anak kita yang lain (yang ‘normal’).
 
Boleh?
Sekian,
Aiman Amri,
Sangat sayang pada kanak-kanak tetapi belum ada anak.